Update TOL PERCUMA, KERETA TERBANG DAN 'SEMBANG BABI TERBANG' >> Berita Malay 18





Tidak penting Najib Razak tersalah cakap atau terlajak cakap. Hakikatnya cadangan tol percuma jam 11 malam – 5 pagi adalah idea bangang dan untuk mengelabui mata rakyat sahaja.

Hutang berbilion ringgit hanya untuk membolehkan sebahagian kecil kelompok rakyat sahaja menikmati tol percuma? Jika bukan bangang hendak panggil apa?

Komen Najib Razak mengenai siapa pengguna tol-tol tersebut bukan salah 100 peratus. Salah satu lebuh raya dalam cadangan tol percuma ialah terowong smart berhampiran Zouk.

Siapa lagi yang menggunanya pada jam 2 pagi kalau bukan peminum arak dan kaki kelab malam?

Orang yang waras akan guna jalan biasa tanpa tol saja yang selari dengan terowong smart tersebut. Selepas jam sepuluh malam jalan biasa yang selari sudah tiada kesesakan.

Namun yang lebih penting dan relevan sekarang ialah sampai bila kerajaan hendak tipu rakyat? Kamu janji tol percuma seluruh negara, kamu buat di empat lebuh raya saja pada waktu majoriti rakyat tidur.

Lupakan tol, sama-sama kita tunggu hujung tahun ini yang mana satu akan muncul kereta terbang atau “sembang babi terbang”.

Jika dilihat rekod kemunafikan kerajaan maka kita akan dapat ”sembang babi terbanglah”.


Subscribe to receive free email updates: