Politik maufakat, orang Melayu tak boleh terima...
Sama ada kajian yang dijalankan oleh Ilham Centre bersama Penang Institute yang menyimpulkan 60% orang Melayu kurang selesai dengan prestasi kerajaan PH, tepat atau sebaliknya, dapatan itu perlu diberi perhatian serius oleh pihak PH dan mencari solusi terhadapnya.
Dapatan itu diperolehi daripada kajian ke atas 2,614 responden bagi tempoh 24 Oktober hingga 24 Disember 2018. (Mungkin angka itu sudah berubah kini dengan ada beberapa pendekatan dan rancangan dilancarkan kerajaan?)
Menurut badan itu antara perkara yang tidak disenangi orang Melayu ialah melihat kerajaan kerajaan PH dipengaruhi oleh DAP. Tampaknya DAP menjadi masalah kepada orang Melayu untuk tidak mudah menerima PH.
Memang DAP menjadi isu sejak awal dan terbawa ke hari ini Berbagai penjelasan secara sains politik, fakta dan sejarah dibuat namun ia tidak menuntaskan persepsi ini. DAP menjadi barah kepada kerajaan PH.
Apa yang tergambar daripada sikap Melayu (60%) ini adalah mereka yang tidak boleh terima politik muafakat antara kaum di negara ini. Prejudis terhadap DAP (Cina) begitu menebal dalam dada orang Melayu. Ia tidak boleh dipersalahkan, selagi orang Melayu tidak disekolahkah dengan politik multiracial dan keluar dari kepompong kaum, maka persepsi itu tetap kekal selamanya.
Pengekalan sikap ini memberi risiko kepada kerajaan yang dibentuk oleh mana-mana komponen sekali pun. Tampaknya pembentukan kerajaan negara ini melalui demokrasi bukan mudah diterima. - MSO / TS.