Update Walaupun Gagap Berbahasa English, Calon PPBM DUN Semenyih Tetap Berjanji Bulan Bintang >> Berita Malay 18



Calon PPBM DUN Semenyih sebelum ini ditangkap kerana cubaan menipu dengan berjanji bulan dan bintang untuk membina hospital di Semenyih sekkiranya beliau menang PRK berkenaan. Sayangnya, Menteri Kesihatan potong stim betul. Calon PRK Semenyih baru hendak menjual mimpi buat hospital. Pak Menteri sudah tolak mentah-mentah. Itulah, orang suruh buat group whatsapp tak nak.


Semalam, beliau berkata lagi, "2 haribulan kita menang, 3 haribulan saya selesaikan semua masalah", begitulah janji-janji bulan dan bintang sekali lagi calon PPBM DUN Semenyih. Kalau setakat jalan berlubang dan lampu jalan tidak menyala, kenapa perlu tunggu kemenangan pada 2 haribulan? Bukankah kerusi DUN Semenyih kepunyaan bapa mertua calon yang baru meninggal dunia? Bukankah Kerajaan PH yang memerintah Selangor? Apa perlunya tunggu sehingga 2 haribulan?

Tercengang Presiden PPBM, TS Muhyiddin Yassin dan Datuk Saifuddin Nasution yang mendengarnya. EXCO Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin antara percaya dan tidak. TS Muhyiddin Yassin kata calon pilihan PPBM ada potensi. Ya, ada potensi jadi Wakil Rakyat yang sanggup berjanji bulan dan bintang untuk jawatan politik. Tonton juga video di bawah. Perbualan calon PPBM ketika berbual di dalam bahasa English ketika ditanya wartawan amat memalukan.
'

TS Muhyiddin Yassin berkata calon macam pengantin tak boleh banyak bercakap. Itu langkah yang betul. Banyak bercakap boleh sebabkan banyak salah cakap. Cuma, kalau tak bercakap orang tak tahu kebolehan dan kemampuan calon. Potensi tidk nampak. Bila calon PPBM bercakap, ada potensi calon jadi peniaga ubat kuat di Jalan Chow Kit nampaknya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :