1. Sebutlah inquiry, discovery, PBL, HOTS, deep thinking, constructivist dan lain-lain teori daripada Barat semuanya seperti tidak berkesan untuk pelajar-pelajar di Malaysia.
2. Kenapa pula begitu?
a) Sebahagian elemen dalam teori-teori di atas adalah presumed dan postulate dan sangat bergantung kepada konteks yang ideal
b) Teori tersebut dirumus oleh orang dewasa dari perspektif dewasa
c) Teori-teori tersebut hanya 'terbukti' dalam situasi terkawal 'luar kelas' dan dijalankan dalam masa yang singkat bukan diuji dalam situasi kelas sebenar
3. Kajian teori-teori di atas jika dijalankan dalam bilik darjah, wujud banyak extraneous dan confounding variables. Namun jika di kawal seboleh mungkin, ia lebih baik daripada kajian makmal atau artificial yang dilakukan oleh ramai penyelidik, malah jauh lebih baik daripada sekadar membaca dan membentangkannya berdegar-degar dalam seminar tanpa seurat benang pun kajian dilakukan.
- ketetapan kajian yang authentic
- kajian dilakukan kepada subjek utamanya (pelajar)
- analisis pre-post yang menunjukkan causality
- keberanian menghadapi realiti dalam bilik darjah
Maka 4 ciri inilah yang sepatutnya menjadikan kajian kuasi adalah satu kajian pendidikan yang praktikal, realisitik dan berimpak - ciri kajian doctorate yang hebat !
6. Aku menyeru (walaupun tidak kedengaran sayup-sayup hilang dalam kegelapan malam) supaya keutamaan mendapat biasiswa diberikan kepada calon Ed D dan PhD jika beliau seorang guru.
7. Kurangkanlah mendengar pendapat orang luar, 'pakar teori' apatah lagi yang bukan sahaja tiada kajian dalam kelas, kajian luar kelas pun tak pernah buat dan percayalah guru-guru di KPM sendiri, khususnya yang mengambil Ed D, PhD dan latihan-latihan profesional yang lain.
8. Untuk info, aku sendiri melakukan classroom research sehingga berjaya mendokumenkan 4 misconceptions baru dalam pengajaran electrochemistry peringkat matrikulasi serta mendapati animasi tidak memberi kesan kepada konsep-konsep asas dan kepada pelajar higher achievers. Maknanya, mereka yang higher achiever tak perlukan animasi utk konsep asas, ajar talk-n-chalk pun sudah memadai. Ini bertentangan dengan sebahagian MLT (multimedia learning theory) oleh Mayer.
9. Sebab itulah Project Based Learning (PBL), discovery, inquiry now dengan HOTS telah wujud sejak 1950an sebelum SPUTNIK lagi pun, tapi diulang-ulang dgn menambah lagi aspek-aspek baru seperti kemahiran berfikir yang menjadikannya lebih complicated dan unrealistic untuk dijalankan dalam classroom setting.
Disunting daripada penulisan Dr. OT