MOF luluskan RM3 juta kepada KPNDHEP untuk sediakan 14 lori dilengkapi pendingin (chiller). Ianya digunakan untuk mengedarkan makanan kepada golongan B40 di 20 universiti tempatan.
Bukankah membazir membeli lori RM3 juta. Kos penyelenggaraan lori belum tahu berapa. Kos minyak dan kos pemandu. Yang untung adalah penjual lori dan pembekal sahaja.
Bukankah mudah RM3 juta ini ditukarkan dalam bentuk elaun langsung pada yang layak. Bagi duit kepada Mahasiswa dan bukannya budak sekolah rendah.
Kita faham Menteri Kewangan memang lemah dalam matematik. Bagaimana hendak menyusun 14 buah lori untuk kegunaan 20 IPTA?