KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membantu siasatan dana RM90 juta didakwa diterima parti itu dan pembayaran cek RM1.4 juta kepada pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan berhubung kes itu tidak pernah ditutup sebaliknya beberapa individu lagi dijangka bakal dipanggil bagi melengkapkan siasatan pada masa terdekat.
"Lebih kurang 25 saksi telah dipanggil dan kita masih menjalankan siasatan (kes) ini. Saya tidak tolak kemungkinan untuk memanggil Presiden Pas (Abdul Hadi) untuk memberi keterangan," katanya selepas melancarkan tayangan video pendek Anti Rasuah di panggung wayang, Lotus Five Star Cinema di sini hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Dr. Rameli Musa telah hadir ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Rewcastle-Brown pula pada akhir bulan lalu membuat pengakuan telah menerima pembayaran RM1.4 juta dibuat Abdul Hadi selain memuat naik beberapa gambar salinan dokumen berkaitan, termasuk perjanjian rahsia serta sekeping cek Bank Islam menerusi blog, Sarawak Report. - K! ONLINE
Related Posts :
Update [Video Selepas KWSP, 1MDB, FELDA, Kini Najib UMNO Curi Duit Bank Negara] ANAK, PH masuk Felda Chuping selepas disekat masuk Mata Air. >> Berita Malay 18Selasa, 16 Januari 2018
Anak, PH masuk Felda Chuping selepas disekat masuk Mata Air
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) ber… Read More...
Update [Video PRU14 PH lawan BN! Pas Berkecuali Nak Menangkan Umno] MENTAL KACAU & ADA YANG PERASAN! ‘Umno-Pas fikir mereka boleh bodohkan orang Melayu’. >> Berita Malay 18Selasa, 16 Januari 2018
Tumpang sekole.
MENTAL KACAU, ADA YANG PERASAN DIA LEBIH MULIA DARI ANWAR...
Manusia tidak dapat lari dari sala… Read More...
Update [Video Pemimpin Umno DIKONGKONG Najib yg merosakkan negara] Gandingan Mahathir-Anwar bikin Umno goyang! Dr Aziz Bari-Tak masuk akal Mahathir ‘ulangi kesilapan lampau’ malah mampu mempermudahkan peralihan kuasa di Putrajaya. >> Berita Malay 18Selasa, 16 Januari 2018
Gandingan Mahathir-Anwar bikin Umno goyang.
Terdapat usaha menakut-nakutkan orang Melayu untuk mengundi … Read More...
Update BANJIR DI PEKAN BERANSUR PULIH, HAMYA TIGA PPS BEROPERASI >> Berita Malay 18
Banjir di Pekan beransur pulih apabila hanya tinggal 477 mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 9 ma… Read More...
Update [Video Mahfuz jangka ramai ahli Pas keluar parti] Logik 'KEPALA BAPAK KAU'! Pulang hak tanah Felda! Drama apalah 'penyamun' ni buat?' >> Berita Malay 18Selasa, 16 Januari 2018
Pakatan Harapan banks on Malay tsunami
Rakyat dah mangli dengan permainan wayang tongkoi depa ini...&nbs… Read More...