 |
Imej via Berita Harian |
KUALA LUMPUR 9 Mac – Pendekatan kerajaan untuk membenarkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah dilihat hanya untuk memenuhi permintaan sebahagian kecil golongan elit Melayu di negara ini.
Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Prof. Emeritus Datuk Isahak Haron berkata, kumpulan-kumpulan elit Melayu ini sudah terdedah dan terbiasa dengan penggunaan bahasa Inggeris di luar negara sehubungan itu mereka juga mahu anak-anak mereka menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
“Sebenarnya, golongan elit keluarga Melayu yang hendak kerana mereka terdedah dengan budaya bahasa Inggeris dan anak-anak mereka juga menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, mereka mahu anak-anak mereka menguasai Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, itu fenomenanya.
“Golongan kecil elit Melayu serta bukan Melayu ini yang berpendidikan Inggeris ini mahukannya malah merayu tetapi sebahagian besar pelajar Melayu lebih senang untuk menggunakan bahasa Melayu tetapi pada masa yang sama ingin menguatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan mengambil pendekatan membenarkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah namun pada masa sama pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa kebangsaan tetap diteruskan.
Katanya, pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran mata pelajaran itu selain ramai berpendapat.
bahasa Inggeris akan menjadikan seseorang yang lulus lebih mudah diterima di pasaran.
Sementara itu, Isahak berpandangan, bagi memastikan pelajar-pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik, kaedah pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah sewajarnya ditambah baik dan diperkukuhkan.
“Tiada isu sebenarnya untuk Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris tetapi sebaliknya cara dan kaedah mengajar bahasa Inggeris yang perlu diperbaiki lagi berdasarkan keperluan murid-murid kita.
“Ada caranya untuk memperkukuhkan pengajaran bahasa Inggeris dan menjadikan ia lebih berkesan kepada pelajar. Apabila pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris, mereka juga boleh membaca dan menulis pelbagai topik lain bukan sahaja Sains dan Matematik,” katanya.
Sumber:
Utusan
Related Posts :
Update KERAJAAN BARU: RAKYAT LUAH PERASAAN MENERUSI PUISI PANJANG >> Berita Malay 18
Kesan kenaikan harga barang ditambah dengan pelbagai masalah ekonomi yang timbul sejak pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan mengundang … Read More...
Update [FITNAH TERHADAP TENTERA MALAYSIA] Ketenteraan kita Paling Lemah di Asean: Mat Sabu Salah Fakta >> Berita Malay 18
MENTERI PERTAHANAN SALAH FAKTA. MASIH MENTALITI PEMBANGKANG.
1. Malaysia bukan ranking terakhir di kalangan negara Asean dalam kedudukan… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/08/update-solidarity4drilyani-dr-illyani.html">Update #Solidarity4DrIlyani: Dr. ILLYANI bakal dikena Tatatertib kerana Lawan LGBT, "Tahniah" Mujahit, Mujahat, Mujahil >> Berita Malay 18
Dappat info, Dr Ilyani menghadapi tindakan tatatertib rentetan surat terbukanya kepada anak PM, Marina Mahathir.
Semoga Dr Ilyani ta… Read More...
Update Seorang gadis mati dikelar pasangannya dalam permainan seks >> Berita Malay 18
Agregasi BBC Indonesia, Jurnalis · Sabtu 11 Ogos 2018
Jason Gaskell (Foto: BBC Indonesia)
SEORANG lelaki dijatuhkan hu… Read More...
Update Seloka bersama MUJAHIT, MUJAHAT, MUJAHIL >> Berita Malay 18
- Rahsia -
Selepas kira-kira 3 bulan lebih berkahwin, seorang suami berkata kepada isterinya;
“Sayang, Abang ada satu rahsia. Abang harap… Read More...