Update [Live KERANA SKANDAL RASUAH RM90 JUTA: MAHATHIR & BERSATU KALAH PRK SEMENYIH] Semenyih kembali pada BN. >> Berita Malay 18

Sabtu, 2 Mac 2019


Rasmi: Semenyih kembali pada BN

Kerusi DUN Semenyih kembali dikuasai BN selepas pengundian hari ini.
Kemenangan BN ini merupakan pertukaran kerusi yang pertama selepas pilihan raya umum 9 Mei 2018.
Sebelum ini, kesemua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-14 dimenangi parti penyandang.
Ia juga merupakan kemenangan kedua BN dalam enam PRK yang diadakan selepas PRU ke-14.
Calon BN Zakaria Hanafi yang mendapat 19780 undi menang dengan majoriti 1914.
Jumlah itu adalah lebih separuh daripada keseluruhan undi, berdasarkan peratusan keluar mengundi 73.24 peratus.
Calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali pula memperolehi17866 undi.
Dengan kemenangan ini, BN kini mempunyai lima kerusi DUN di Selangor manakala kerusi PH pula berkurangan kepada 50.

Subscribe to receive free email updates: