Update Mana Presiden Bersatu Bila UEC Diiktiraf? >> Berita Malay 18


Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching ternyata gembira dengan keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels.

Menerusi kenyataan di akaun Facebook rasminya malam tadi, Nie Ching turut mengucapkan tahniah secara khusus kepada Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia.

Semalam, Tommy dalam kenyataan memaklumkan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk bermula 1 Januari 2021.

Sedikit demi sedikit Timbalan Menteri Pendidikan memperkasakan sistem pendidikan Taiwan. Menteri Pelajaran masih dengan kasut hitam, kolam renang dan bilik R&R guru.

Di mana Presiden Bersatu yang sebelum ini lantang membantah UEC? Adakah beliau kini merubah pendirian atau mulutnya sudah ditutup?

Cakap-cakap TS Muhyiddin Yassin adalah sekadar janji manis untuk memenangi PRU14 dan hanya ibarat seekor anjing yang menyalak bukit. Hakikatnya, umum mengetahui bahawa DAP menentukan hala tuju di dalam Pakatan Harapan.

Subscribe to receive free email updates: