Update Menteri Badut Minggu Ini Jatuh Kepada .... >> Berita Malay 18


Walaupun mendapat saingan yang hebat daripada dua Menteri lain, Menteri Pembangunan Usahawan telah kami nobatkan sebagai juara untuk Menteri Badut minggu ini.

Ini kerana idea Menteri berkenaan yang melangkaui batas pemikiran manusia biasa dengan mencadangkan kereta terbang digunakan untuk Grab dan memantau industri perladangan. Waima Elon Must, tokoh usahawan, genius dan billionaire sekalipun hanya mampu berfikir hingga tahap kereta elektrik sahaja.


Tempat kedua, jatuh kepada Menteri Industri Utama, Teresa Kok. Teresa mencadangkan tanaman buluh sebagai alternatif kepada kelapa sawit.


Tempat ketiga, jatuh kepada Menteri Pertahanan, Mohammad Sabu. Juri sebulat suara memilih beliau kerana berpakaian unik dan juga dibantu oleh Sidang Media keanak-anakan dan tidak profesional yang dilakukan oleh Setiausaha Akhbar beliau seperti di bawah.

Tahniah kepada semua pemenang. Jangan lupa mengikuti carta yang sama minggu depan.


Subscribe to receive free email updates: