Update Terkini - MCA Dan MIC Mula Mengugut Untuk Bubarkan BN? >> Berita Malay 18



Belum sempat Barisan Nasional (BN) bergembira dengan kemenangan dua PRK di Cameron Highlands dan Semenyih, dua parti komponen BN, MIC dan MCA hari ini, telah bermesyuarat dan mengeluarkan Kenyataan Media Bersama.

UMNO adalah satu parti dari 3 parti yang membentuk BN. Dua lagi parti adalah MCA dan MIC. CTS bersetuju bahawa BN dibentuk atas dasar konsensus. Tiada konsensus dalam lantikan Setiausaha Agung BN. Justeru itu, pendirian MCA dan MIC bahawa lantikan itu tidak sah adalah berasas.

Namun, tindakan yang diambil oleh MIC dan MCA hari ini mungkin berpunca daripada ketakutan kerjasama di antara PAS dan UMNO. MIC dan MCA kelihatan terdesak meletakkan bidak catur, mungkin sebagai satu usaha untuk tawar menawar untuk kerusi pada PRU15.

UMNO adalah sebahagian daripada BN. Pembubaran BN perlu dibuat melalui persetujuan semua parti yang masih menganggotai BN. UMNO juga boleh mengambil pendekatan untuk keluar BN jika menganggap UMNO tidak perlu lagi berada dalam BN. UMNO dalam BN tanpa MCA dan MIC adalah hanya UMNO.

Adalah diharapkan Tok Mad Hasan sebagai pemangku Pengerusi BN akan dapat menyelesaikan isu BN ini sebelum PRK Rantau.





Subscribe to receive free email updates: