Projek Perumahan Rakyat (PPR) Rantau dibangunkan di atas tapak seluar 15 ekar dengan kos sebanyak RM15.9 juta. Projek ini terdiri daripada 100 unit rumah teres 1 tingkat dengan keluasan 700 kaki persegi termasuk tiga bilik, dua bilik air, ruang tamu dan ruang dapur. Perasmian Permulaan Kerja Projek PPR Rantau, Negeri Sembilan, dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, DS Mohamad Haji Hasan, pada 16/01/2017.
Projek ini turut dilengkapi dengan berbagai kemudahan seperti surau, tapak gerai, tadika, pusat komuniti dan gelanggang futsal bagi kemudahan penduduk. Projek ini mengambarkan keprihatinan Kerajaan BN terdahulu yang sentiasa berusaha bagi menyediakan kemudahan perumahan yang terbaik untuk setiap lapisan masyarakat terutamanya rakyat berpendapatan rendah khususnya di Negeri Sembilan.
Hari ini, Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru daripada Kerajaan Pakatan Harapan cuba untuk mengambil kredit di atas usaha orang lain. Mana tidaknya, untuk memohon sahaja perlu diadakan Majlis Pelancaran. Lembu punya susu, sapi terhegeh-hegeh hendak dapatkan nama.