Update [Video Bersatu tak panik kalah di Semenyih] Dulu bila Umno hilang Selangor pulunlah nak rampas kembali, katanya 5 tahun lagi, lagi..lagiiiiiiii. Glup! >> Berita Malay 18

Selasa, 5 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Kalau dua2 merajuk, ana kawin tiga...

Dulu bila hilang Selangor, pimpinan Umno rangka pelbagai program untuk rampas kembali negeri yang kaya raya ini. Katanya 5 tahun lagi, lagi..lagi..
Malangnya ia hanyut sehingga kini. Pada awal pemerintahan PKR, pelbagai isu timbul kerana ia adalah kali pertama pembangkang pada waktu itu menjadi kerajaan.
Selama 10 tahun lebih selepas itu, ekonomi negeri Selangor semakin bertambah baik malah boleh beri air terawat percuma kepada rakyatnya.
Begitu juga di peringkat pusat, kerajaan yang baharu 9 bulan ini akan mampu bertahan berdasarkan tadbir urus yang cekap yang berintegriti tinggi dapat terus dilaksanakan. Ia perlukan MASA.
Kini lebih rumah PKNS dibina di bawah PH. Dan yang nyata Umno sudah lebih 10 tahun meninggal di Selangor. Mungkin akan pergi tak kembali.

PKNS bina 864 unit Rumah SelangorKu, tawar harga mampu milik

CYBERJAYA, 2 MAC: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) komited membina 864 unit Rumah SelangorKu Idaman di Seksyen 6, Selangor Cyber Valley dengan tawaran harga mampu milik bermula dari RM232,000.
Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, beliau memuji inisiatif PKNS dalam menyahut saranan Kerajaan Negeri untuk menyediakan rumah pada harga berpatutan, sekali gus memberi peluang golongan berpendapatan rendah serta sederhana memiliki kediaman sendiri.

Subscribe to receive free email updates: