Jangan Lupa Dia..
MALU Apa Bossku?
Dia tidak MALU
hatta berpuluh bilion dicuri
untuk membeli sokong dan undi
untuk dipuja oleh muda dan mudi
hanya dengan hulur ringgit sana dan sini
hatta berpuluh bilion dicuri
untuk membeli sokong dan undi
untuk dipuja oleh muda dan mudi
hanya dengan hulur ringgit sana dan sini
Dia tidak MALU
menunjukkan troli kosong di Tesco
kononnya RM50 tidak dapat mengisinya
hatta barangan mewah berpuluh troli
wang tunai beratus juta
beg dan jam tangan yang lebih mahal nilainya
dari rumah-rumah kita
tidak cukup troli bila disita
menunjukkan troli kosong di Tesco
kononnya RM50 tidak dapat mengisinya
hatta barangan mewah berpuluh troli
wang tunai beratus juta
beg dan jam tangan yang lebih mahal nilainya
dari rumah-rumah kita
tidak cukup troli bila disita
Dia tidak MALU
hatta puluhan kertas tuduhan
menanti nafasnya di mahkamah
bebas lepas ke sana dan ke sini
dengan skrip lakonan tanpa setitispun
rasa bersalah kepada rakyat
hatta puluhan kertas tuduhan
menanti nafasnya di mahkamah
bebas lepas ke sana dan ke sini
dengan skrip lakonan tanpa setitispun
rasa bersalah kepada rakyat
Dia tidak MALU
sebagai penyamun
tidak MALU
sebagai penipu
tidak MALU
sebagai perosak
bagi segala-galanya
yang dibina oleh mereka yang sebelumnya
sejak sekian lama
sebagai penyamun
tidak MALU
sebagai penipu
tidak MALU
sebagai perosak
bagi segala-galanya
yang dibina oleh mereka yang sebelumnya
sejak sekian lama
Dia tidak MALU
meninggalkan legasi hutang setrillion
untuk kita uruskan sementara dia senyum
melihat orang lain yang berputus nyawa
mencari jalan keluar
dari kemelut muflis
buat anak dan cucu
meninggalkan legasi hutang setrillion
untuk kita uruskan sementara dia senyum
melihat orang lain yang berputus nyawa
mencari jalan keluar
dari kemelut muflis
buat anak dan cucu
Dia tidak MALU
memalukan kita
di mata dunia
membiarkan dunia
mentertawakan kita
merelakan dunia melihat kita
dengan serendah-rendah mata
atas rasuah yang beraja di tangannya
memalukan kita
di mata dunia
membiarkan dunia
mentertawakan kita
merelakan dunia melihat kita
dengan serendah-rendah mata
atas rasuah yang beraja di tangannya
Dia tidak MALU
kerana masih ada Melayu
yang berjaya dibutakan
yang berjaya dipekakkan
yang berjaya diperbodohkan
dengan disua troll troll hiburan
sambil menunggang kapcai
untuk diambil gambar
sebagai penyamun yang dipuja
sebagai penipu yang menjadi Raja
kerana masih ada Melayu
yang berjaya dibutakan
yang berjaya dipekakkan
yang berjaya diperbodohkan
dengan disua troll troll hiburan
sambil menunggang kapcai
untuk diambil gambar
sebagai penyamun yang dipuja
sebagai penipu yang menjadi Raja
Dia tidak akan mungkin MALU
jika kita orang-orang Melayu
tidak sedikitpun malu
bertuankan penyamun dan penipu
yang meniupkan skrip-skrip 'bossku'
sebagai hiburan yang menyeronokkan
sebagai liburan yang melekakan
jika kita orang-orang Melayu
tidak sedikitpun malu
bertuankan penyamun dan penipu
yang meniupkan skrip-skrip 'bossku'
sebagai hiburan yang menyeronokkan
sebagai liburan yang melekakan
Dia tidak mungkin akan MALU
dengan orang-orang Melayu
lupa,leka dan tidak mengapa
dengan tangannya yang amat kotor
memalukan kita
pada pandang mata dunia
dengan orang-orang Melayu
lupa,leka dan tidak mengapa
dengan tangannya yang amat kotor
memalukan kita
pada pandang mata dunia
MALU apa bossku?
Kalau orang Melayupun tidak malu
denganmu...
Kalau orang Melayupun tidak malu
denganmu...
MALU apa bossku?
Kalau orang Melayupun rela
dengan samun, lakonan dan tipumu...
Kalau orang Melayupun rela
dengan samun, lakonan dan tipumu...
Kerana ‘bossku’
Bangsaku sendiri menjadi mereka yang tidak MALU
Bangsaku sendiri menjadi mereka yang tidak MALU
Tunku Diana & Pujangga dibalik Tabir.....