Selama ini mereka mereka mencuba utk jatuhkan BN ... Keputusan nya mereka selalu gagal...tapi bila Tun M bersama mereka dlm 2 tahun BN sudah tumbang...! Lagi nak kata kat Tun M macam2?
Kelab Che Det
Data dan fakta yg boleh kita nilai ... tapi yg paling utama tetap membasmikan rasuah...
Banyak kejayaan kerajaan tapi tak diceritakan
Bukan semua mengenai kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) tidak baik. Memang ada yang tidak baik atau kurang baik tetapi lebih banyak yang baik.
Cuma banyak yang baik itu tidak diketahui oleh orang ramai.
Itu pun silap kerajaan dan jenteranya juga. Tetapi hendak salahkan mereka bulat-bulat pun tidak boleh juga sebab menjadi kerajaan jauh lebih sukar daripada menjadi pembangkang.
Tengok sajalah wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sejak jadi pembangkang. Cakap, cakap, cakap. Tuduh, tuduh, tuduh. Tak setuju keluar dewan. Mudah kan?
Kita harap menjelang satu tahun memerintah pada 9 Mei nanti, menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri buatlah kerja betul-betul, cakaplah betul-betul dan buatlah perangai yang betul.
Berkomunikasilah dengan lebih baik dan berkesan dengan semua peringkat dan golongan masyarakat. Pegawai khas, setiausaha akhbar dan pegawai komunikasi korporat pun tolonglah cergas sikit. Kalau bodoh belajar. Kalau tidak tahu tanya.
DATUK A KADIR JASIN
Malaysiakini.
Sesi Majlis High Tea bersama rakan-rakan media dianjurkan oleh Menteri Pertahanan YB Tuan Haji Mohamad Bin Sabu dan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook petang tadi.
Menteri Pengangkutan mengalu-alukan kunjungan para petugas media ke booth pameran MOT Pavilion di Dewan B MIEC yang turut disertai oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Universiti Malaysia Terengganu dan agensi serta jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan.
Beliau juga mempelawa rakan-rakan media untuk turut serta di Persidangan Antarabangsa “The International Conference on the Straits of Malacca” pada 26hb Mac 2019 dan “ASEAN Aviation Summit” pada 27 Mac 2019 anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia.