Update [Video PAS MASUK JERAT KERANA SARAWAK REPORT] Mujahid akui PH kalah kerana calon 'malap bintang! Istana Kelantan tarik balik darjah kebesaran Annuar Zaini >> Berita Malay 18

Ahad, 3 Februari 2019

Mujahid akui PH kalah kerana calon 'malap bintang

Kemenangan BN di Semenyih bukan kerana faktor 'wow' calonnya yang terserlah tetapi kerana di mata pengundi calon PH tenggelam dan 'malap bintangnya', kata Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa.
"Faktor calon turut merupakan signifikan untuk menyumbang faktor 'wow' bagi para pengundi. Selain itu suasana keseluruhan prestasi kerajaan turut menentukan tahap sokongan terhadap parti mewakili pemerintah.
"Dalam melihat faktor calon, tidak dinafikan kemenangan calon BN di Semenyih bukan kerana faktor wownya tetapi ia terserlah kerana tenggelamnya calon PH di mata pengundi dan malap bintangnya," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.
Selain itu, Mujahid yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata selain itu terdapat faktor kempen serangan BN terhadap prestasi kerajaan PH.
"Faktor 'prestasi Kerajaan PH' dijadikan bahan kempen bukan kerana BN ada solusi lebih baik tetapi ia berbentuk serangan memperkecilkan prestasi PH.
"Isu kos sara hidup dan bebanan kos dilihat sebagai kegagalan PH. Walhal, isu ini dulu menjadi bahan kempen PH dalam manifestonya bergelut dengan BN di PRU lalu," katanya lagi.

Istana Kelantan tarik balik darjah kebesaran Annuar Zaini

Istana Kelantan hari ini mengumumkan penarikan balik darjah kebesaran yang diberikan kepada Ahli Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini, berkuat kuasa Jumaat lalu.
Darjah kebesaran itu ialah Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK).
Setiausaha Negeri Kelantan, Nazran Muhammad, menerusi kenyataan media berkata, penarikan balik darjah kebesaran itu adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Muhammad V, yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara baginda.
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: