Update [Video Semenyih Bravo, Bravo Mat Sabu] Dr M: BN sudah Innalillah, Umno sudah hancur. Glup! >> Berita Malay 18

Jumaat, 1 Mac 2019

Dr M: BN sudah innalillah, Umno sudah hancur

Dalam menyeru sokongan untuk Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Semenyih, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bahawa lawan mereka Umno BN, "sudah hancur".
"Sia-sia saja kalau pilih calon BN. Sebenarnya, BN dah tak ada.
"Qolu innalillahi wa innailaihi rojiun. Sudah habis.
"Yang ada Umno, Umno pun dah hancur. Tak ada ahli. Banyak yang minta mahu jadi ahli parti PH," katanya dalam program kempen sempena PRK Semenyih malam tadi. 
Innalillah merupakan ucapan yang diungkapkan apabila orang Islam apabila mendengar berita kematian seseorang.
Selepas kekalahan pada pilihan raya umum lalu, BN dilihat kehilangan punca apabila satu per satu parti komponen dan wakil rakyat meninggalkan gabungan itu.
MCA, parti komponen utama BN, sebelum ini mengusulkan agar BN dibubarkan. Selain MCA, BN kini hanya terdiri daripada Umno dan MIC.
Selain itu, Umno yang selama ini menjadi parti tunggak dalam BN turut menghadapi masalah dalaman yang menyaksikan sekumpulan wakil rakyat meninggalkan parti itu.
Justeru, Mahathir menyeru agar pengundi Semenyih menyokong calon PH Muhammad Aiman Zainali pada PRK Sabtu ini memandangkan dia calon dari parti kerajaan.
"Saya fikir orang Selangor tahu apabila kerajaan didirikan oleh parti lawan (Pakatan Rakyat) dulu, Selangor mendapat banyak perubahan.
"Bantuan-bantuan kepada rakyat diberi. Saya dengar kata ada bas percuma. Macam-macam lagi.
"Dan apabila Aiman menang dia akan duduk DUN Selangor dan dia akan dibantu menteri besar Selangor," katanya.
Sementara itu, Mahathir turut mengakui dirinya tidak sentiasa betul, namun yakin bahawa menjatuhkan Najib Razak dari tampuk kuasa pada pilihan raya umum (PRU) lalu adalah tindakan tepat.
Kenyataan itu dilihat mengulangi kenyataan serupa sebelum ini apabila Mahathir berkata tindakannya menyokong Najib sebagai perdana menteri merupakan salah satu kesilapan yang dikesalinya.
"Saya mungkin salah kadang-kadang (dalam membuat keputusan), tapi saya tak salah bila jatuhkan Najib," katanya.
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: