ADUN Semenyih Zakaria Hanafi amat menghargai sokongan jentera dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu hingga menobatkan beliau sebagai wakil rakyat tempatan lantas mengajak jentera untuk meneruskan kesinambungan kejayaan Barisan Nasional (BN) untuk PRK Rantau nanti.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua jentera UMNO dan PAS semasa PRKSemenyih baru-baru ini,” katanya.
Zakaria berkata semangat yang jitu juga menjadi contoh untuk meneruskan PRK Rantau yang akan datang.
“Semangat ini sebagai landasan kita untuk menjadikan ‘role model’ kepimpinan peringkat negeri mahupun negara untuk merampas semula Malaysia.
“Kita bukan bercakap kosong dan bukan kita berjanji macam Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika majlis meraikan jentera BN dan PAS, malam tadi.
Katanya, apa yang dapat dilihat kini selama BN memerintah ‘track record’ kerajaan terdahulu cukup terbukti dan tidak pernah meminggirkan rakyatnya.
“Rekod terbukti dengan kebanyakkan rakyat yang kita lihat terdapat banyak kegelisahan dan kegusaran semasa PH memerintah sekarang ini yang mengabaikan agama, bangsa dan negara.
“Perpaduan dan kerjasama yang begitu cantik merupakan satu gandingan perpaduan untuk UMNO, PAS dan komponen BN.”
Katanya, apa yang pasti kekuatan ini telah menampakkan kekhuatiran PH selama ini kerana keyakinan kerjasama UMNO dan PAS ini bertambah semakin erat.
Related Posts :
Update [Video Anwar ulas Najib 'rajin' datang Cameron Highlands] AOK TAHU? Bekalan elektrik di Jelai sering terputus! Polis serbu firma guaman Goldman di KL, cari dokumen 1MDB. >> Berita Malay 18Khamis, 24 Januari 2019
Otai BERSIH
Walaupun sudah 61 tahun pemerintahan BN, warga Jelai masih dibelenggu dengan pelbagai masalah.
Bekala… Read More...
Update [Video SULTAN ABDULLAH! Yang di-Pertuan Agong ke-16] Sultan Pahang dipilih sebagai Agong baru. >> Berita Malay 18Khamis, 24 Januari 2019
Sultan Pahang dipilih sebagai Agong baru
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni… Read More...
Update [Video AHLI AMANAH KINI LEBIH 100,000!] Calon BN takut debat, bagaimana nak bahas di Parlimen? >> Berita Malay 18Khamis, 24 Januari 2019
Calon BN takut debat, bagaimana nak bahas di Parlimen?
Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Camer… Read More...
Update Ekonomi jatuh selepas PRU14 di dalam tangan PH adalah FAKTA >> Berita Malay 18
Saya lihat kerajaan PH sangat gigih minggu ini untuk menyalahkan kerajaan BN tentang keadaan ekonomi negara yang semakin merosot ketika in… Read More...
Update [Video Bukan Ramli tapi Najib!] Jika Orang Asli warganegara Malaysia, mengapa 60 tahun BN nafi hak mereka. >> Berita Malay 18Khamis, 24 Januari 2019
Jika Orang Asli warganegara Malaysia, mengapa 60 tahun BN nafi hak mereka
Persoalan yang sering menganggu fikiran… Read More...