Update Anugerah Guru Adiwira PAK 21 milik Cikgu Nazmi >> Berita Malay 18

Cikgu Muhammad Nazmi bin Rosli, guru dari SK Long Sukang Lawas Sarawak telah dipilih sebagai Pemenang Guru Adiwira PAK 21 pada majlis Malam Anugerah Adiwira PAK 21 di Cyberjaya malam tadi. Beliau yang telah mengenepikan 9 calon akhir lain membawa pulang Wang tunai berjumlah RM2000, iPhone dan trofi.

Majlis gilang gemilang berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) YBhg. Dato’ Dr. Gazali Abas dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) Datuk Dr. Amin Senin.

Dalam ucapan beliau, YB Dr. Maszlee merakamkan ucapan tahniah kepada sepuluh orang calon akhir Guru Adiwira PAK 21 yang telah disenarai pendekkan dari lebih 1000 penyertaan yang diterima pihak PADU selaku penganjur Anugerah Berprestij ini.
Pujian berkenaan diberikan kerana mereka telah berjaya menerapkan kemahiran kolaboratif, kreativiti, komunikasi, pemikiran kritis serta menerapkan nilai etika dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) PAK 21 kepada murid-murid.

“Saya berbangga dengan cikgu semua kerana berjaya dalam usaha memastikan murid-murid anda dapat didik melalui kemahiran-kemahiran ini”, tambah beliau.
Selain Cikgu Muhammad Nazmi, tempat kedua telah dimenangi oleh Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib SMK Jerlun, Kedah. Beliau telah membawa pulang wang tunai RM 1500, telefon Samsung dan trofi. Manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh Cikgu Emira Nabila binti Ramli dari SMK Pasir Gudang, Johor. Beliau telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000, telefon Huawei dan trofi.

SUMBER: KPM

Subscribe to receive free email updates: