Dato' Seri Mohamad Hasan secara rasmi mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan selepas menang kerusi DUN Rantau, hari ini.
Mohamad, 62, yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram, 64, dengan majoriti 4,510 undi.
Kemenangan Mohamad atau sinonim dengan panggilan Tok Mat menidakkan hasrat dua calon bebas iaitu Mohd Nor Yassin, 67, dan R Malarvizhi, 51.
Dalam persaingan empat penjuru itu, Mohamad memperoleh 10,397 undi manakala Dr Streram 5,887 undi.
Manakala Mohd Nor dan Malarvizhi masing-masing hanya mendapat 79 dan 83 undi.
Keputusan rasmi dipaparkan di skrin layar Pusat Penjumlahan Undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau Mohd Nizam Tajul Arus akan mengumumkan keputusan rasmi bila-bila masa.
PRK DUN Rantau membabitkan 20,793 pengundi dengan 14 pusat pengundian menerusi 53 saluran.
Penguasaan BN di Rantau sekali gus mencipta 'hatrik' selepas memenangi PRK Parlimen Cameron Highland dan DUN Semenyih baru-baru ini.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Mohamad yang juga Pemangku Presiden UMNO menang tanpa bertanding selepas Dr Streram gagal menyerahkan borang pencalonan pada 5 Mei 2018.
Dr Streram merangkap Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau kemudian memfailkan petisyen pada 23 Mei 2018 untuk membatalkan keputusan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR).
Pada 29 November 2018, Mohamad memfailkan rayuan terhadap keputusan kemenangannya itu yang dibatalkan.
Mahkamah Persekutuan bagaimanapun menolak petisyen difailkan Tok Mat untuk mengetepikan keputusan sebelum itu dan mengisytiharkan kemenangan pemangku Presiden UMNO terbatal dan tidak sah.
Related Posts :
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/05/update-ada-budak-sekolah-di-pekan-tu.html">Update Ada budak sekolah di Pekan tu tadi tanya aku.."Kenapa pihak sekolah jemput perompak utk sampaikan biasiswa?" Hebat pengetua Chini Timur ni! [Video 3 KEPUTUSAN PRU 14 PEMIMPIN UTAMA UMNO AKAN DISIASAT SPR] >> Berita Malay 18Rabu, 15 Mei 2019
Otai BERSIH
Ada budak sekolah di Pekan tu tadi tanya aku sambil tunjuk surat ni. Dia tanya, " kenapa pihak sekolah jemp… Read More...
Update DAP bantu Melayu & semua rakyat Malaysia, hanya UMNO PAS yang buta warna je & SPRM, bila nak dakwa Lebai PAS? JUMLAH SAMAN NFC AKAN DIPULANGKAN KEPADA RAKYAT [Video Kita tebus negara dari kleptokrasi ke demokrasi semula - Dr M] >> Berita Malay 18Rabu, 15 Mei 2019
KiniTV
Menempelak parti yang dikalahkan pada PRU14 lepas, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berkata apabila mendapat … Read More...
Update [Video Anwar: Masyarakat awam perlu tahu isu kartel dedak] Majlis berbuka puasa 'Tandas Diraja' TMJ siap pasang 'air-cond' sekali dlm tandas? WOWWW Krikk..Krikk..Krikk.. >> Berita Malay 18Rabu, 15 Mei 2019
KiniTV
PAS mesti keluar dan menjelaskan tuduhan "kartun dedak" (politik wang) dalam parti Islam, kata presiden PKR Datuk … Read More...
Update Banyak betul duit2 'jerung' UmnoBN nak bayar jamin! Sampai juta-juta ringgit? Itupun Pas bermati-matian berusaha untuk memastikan BN kembali berkuasa selepas PRU15 & POLITAIK DEDAK TERBUKTI WUJUD DALAM PAS [Video Umno Si Jantung Hati Pas & Akhirnya DAP Yang Salah] >> Berita Malay 18Rabu, 15 Mei 2019
Suara Rakyat
Banyak betul duit2 'jerung' nak bayar jamin. Sampai juta-juta ringgit.
Rajin betul diorg simpan duit sej… Read More...
Update Penafian & pembohongan lebai2 Pas sebelum ini tak boleh pakai..TUNGGU SEHINGGA SPRM BERTINDAK! 'Islam Terancam' LGE berbuka puasa menjamah hidangan bertalam dan penyampaian sumbangan kepada Masjid dan Surau Parlimen Bagan >> Berita Malay 18Rabu, 15 Mei 2019
Otai BERSIH
DEDAH KARTEL DEDAK DEMI SUCIKAN PUCUK PIMPINAN PAS?
Sebaiknya Din Ayam pergi ke pejabat SPRM terdekat dan ber… Read More...