KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan bercemar duli berangkat bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan pagi ini.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad dan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.
Turut menyambut keberangkatan tiba baginda ialah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua jabatan, dan tetamu kehormat.
Sejurus selepas nyanyian lagu Allah Selamatkan Sultan Kami iringan pacaragam daripada Tentera Udara Diraja Malaysia, baginda kemudiannya menerima sembah ‘Hormat Diraja’ oleh Pasukan Kawalan Kehormatan Utama Tentera Udara Diraja Malaysia yang berkekuatan seramai 4 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat.
Baginda kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan Utama sebelum lagu Allah Selamatkan Sultan Kami sekali lagi dimainkan.
Selesai istiadat, KDYMM Pemangku Raja Pahang diiringi ke Dewan Undangan Negeri untuk menyampaikan titah diraja.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang kali ini berlangsung selama lima hari bermula hari ini 15 April sehingga Jumaat, 19 Aprill 2019.
Related Posts :
Update [Video MAZA: Jangan Mudah Nak Kafirkan Orang Lain!] Mat Taib silap ‘U-turn’, bumiputera, Islam juga agenda HARAPAN – Dr Abdul Aziz Bari. >> Berita Malay 18Khamis, 5 Oktober 2017
Mat Taib silap ‘U-turn’, bumiputera, Islam juga agenda HARAPAN – Dr Abdul Aziz Bari
RABU, 4 OKT: Tokoh perundang… Read More...
Update [Video Curi Wang Rakyat Tak Cium Syurga] Himpunan 14 Oktober untuk fahamkan rakyat skandal 1MDB, kata AMANAH. >> Berita Malay 18Khamis, 5 Oktober 2017
Himpunan 14 Oktober untuk fahamkan rakyat skandal 1MDB, kata AMANAH
Parti AMANAH Negara (AMANAH) akan mengamb… Read More...
Update [KU NA GELISAH, NAWAWI LEGA] Dr M beri bayangan bertanding di Putrajaya pada PRU14 >> Berita Malay 18
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan bertanding di Putrajaya pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) akan d… Read More...
Update Ada cubaan singkir presiden FAM, kata TMJ >> Berita Malay 18
Bernama
| October 4, 2017
Usaha itu dilakukan beberapa anggota exco FAM yang seringkali tidak sependapat dengannya, kata Tunku Ismai… Read More...
Update [Video Mat Sabu: PAS Hentam AMANAH Sebab AMANAH Kuat] PERANGI POLITIK RASUAH, In Sha Allah trak #BinaSemulaNegara akan terus bergerak. >> Berita Malay 18Khamis, 5 Oktober 2017
PERANGI POLITIK RASUAH BERMULA DARI KITA
Rafizi Ramli
PERANGI POLITIK RASUAH BERMULA DARI KITA
… Read More...