 |
Dr Amin Senin, KPP Kementerian Pendidikan Malaysia |
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan menasihatkan seramai 10,500 pengetua dan guru besar (PGB) di negara ini menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru agar tidak membebankan dan mengganggu tugas hakiki guru.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, daripada kajian yang dilakukan, 25 peratus beban tugas guru dikaitkan dengan cara agihan tugas PGB.
“Sekiranya 25 peratus kerja tambahan ini dapat dikurangkan, maka sudah tentu beban kerja guru akan berkurang.
“Guru tidak harus dibebankan dengan kerja pentadbiran yang di luar daripada tugas hakiki, misalnya jawatankuasa dilantik yang banyak babitkan guru harus dikurangkan," katanya kepada GPS Bestari dalam satu temu bual khas di pejabatnya di sini.
Menurut beliau, memang diakui guru dahulu mengambil tahu semua hal ehwal berkaitan sekolah termasuk aspek pembangunan, tetapi guru sekarang mempunyai tugas yang lebih banyak memandangkan sistem pendidikan tidak lagi berorientasikan peperiksaan tetapi penilaian menyeluruh.
Katanya, pihak Kementerian Pendidikan memberi autonomi kepada sekolah untuk mencari jalan penyelesaian selain langkah berterusan yang diambil oleh kementerian bagi mengurangkan beban tugas guru.
“Sebenarnya tugas guru mempunyai dua kategori iaitu tanggungjawab profesional yang wajib dilakukan seperti buku rekod pengajaran yang mahu tak mahu memang kena buat dan juga tugasan yang berbentuk pentadbiran,” katanya.
Januari lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dilaporkan berkata, bebanan tugas golongan pendidik dapat dikurangkan sehingga 25 peratus menerusi pelaksanaan lima inisiatif yang telah dirangka Kementerian Pendidikan bersama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.
Katanya, kesemua inisiatif itu berkuat kuasa serta-merta.
Ia merupakan perancangan jangka pendek yang menjadi tumpuan utama Kementerian Pendidikan pada tahun ini.
Sumber: GPS Bestari
Related Posts :
Update Rafizi akan dedahkan lebih banyak bayaran dibuat daripada akaun PM >> Berita Malay 18
LEBIH banyak pendedahan berkaitan dakwaan Perdana Menteri Najib Razak membayar peguam daripada akaun peribadinya beberapa tahun lepas, kata… Read More...
Update Hasil Laporan Bedah Siasat Arwah Zulfarhan Yang Maut Didera. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Punca Arab Saudi & Sekutu Putuskan Hubungan Dengan Qatar >> Berita Malay 18
Jeddah, Arab Saudi - Lima buah negara, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yaman dan Bahrain hari ini mengambil keputusan memutu… Read More...
Update RM9.5 Juta: Kita lihat kemudian, kata bos SPRM >> Berita Malay 18
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini tidak dapat menyatakan sama ada dakwaan pembayaran RM9.5 juta kepada peguam kanan T… Read More...
Update Harga Minyak Naik Melambung Susulan Krisis Qatar >> Berita Malay 18
Harga minyak melambung naik susulan tindakan lima negara, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Bahrain, Yaman dan terbaharu, Libya, mem… Read More...