Antara bidak catur yang digunakan untuk minggu terakhir PRK DUN Rantau adalah dengan menampilkan calon BN, DS Muhammad Hassan atau Tok Mat memiliki hartanah bernilai RM10 juta di London.
Macai-macai PKR khasnya dan PH amnya terlupa, bekas banduan yang juga Presiden PKR mempunyai jumlah aset yang melebihi RM10 juta yang disahkan oleh SPRM. Itu baru bekas banduan.
Malah, hari ini juga, blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin mendakwa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempunyai pangsapuri mewah berharga RM100 juta di London.
Tok Mat, jika mempunyai harta jutaan sekalipun tidak ada apa yang pelik. Ini kerana beliau telah menjawat jawatan tertinggi korporat sebelum memceburi politik.
Yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana seorang bekas banduan boleh mengumpul harta jutaan ringgit. Ini biodata Tok Mat yang perlu macai-macai Tomato hadam:
1. Pegawai pelatih Bank Negara Malaysia (BNM);
2. Assistant Manager Malayan Banking Berhad (Maybank);
3. Manager Arab Malaysian Merchant Bank Berhad;
4. General Manager Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) London (1988 - 1992);
5. Chief Executive Officer (CEO) Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994); dan
6. Managing Director , Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004).
Mulai tahun 2004, Tok Mat aktif dalam politik.