Update [Video Kenapa dulu TMJ tak gesa tukar Najib, soal Syed Saddiq] Raja Muda Selangor kata tak terlibat..Pemangku Raja Pahang pon kata tak terlibat! Lokman nak tipu putar belit di sebalik nama istana jugak ka? Tunku Idris beri gambaran bertanding PRU15. >> Berita Malay 18

Isnin, 29 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks
Suara Rakyat
Raja Muda Selangor kata tak terlibat..
Pemangku Raja Pahang pon kata tak terlibat..
Tapi kenapa Lokman Adam boleh tuduh ia program istana?
Nak tipu putar belit di sebalik nama istana jugak ka?
Yang sebar tular poster PALSU tersebut itu bukan pembangkang UMNO ka!
SATU REPOT POLIS telah dibuat oleh Pertubuhan Kebajikan Peduli Rakyat (PKPR) utk pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas kepada Lokman Adam dan sesiapa sahaja yg terlibat dalam menyebarkan gambar Raja Muda Selangor (RMS) tanpa persetujuan Baginda dalam misi melaga-lagakan pihak Istana dengan Pihak Kerajaan.

Tunku Idris beri gambaran bertanding PRU15

Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar memberi gambaran melalui media sosial kemungkinan akan bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15.
Dalam kiriman Instagram Story, Tunku Idris, 31, berpakaian rasmi diraja, memuat naik pilihan antara parlimen Muar atau Mersing dengan keterangan "I am running #PRU15"(saya bertanding PRU15).
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada baginda sekadar bergurau tentang perkara itu.
Berdasarkan kiriman itu, jumlah peratusan undian yang mahukan baginda  bertanding di Muar adalah 75 peratus, sementara di Mersing 25 peratus, seperti dilapor Sin Chew Daily.
Untuk rekod, penyandang parlimen Muar ketika ini ialah Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sementara parlimen Mersing disandang ahli parlimen dari Umno, Latiff Ahmad.
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: