Update [Video Mukhriz: Felcra hangus & Bekas Pengerusi Felcra 'panas hati'!] RM1.7 billion cukai tak bayar, ini dia perompak negara! Food Bank M'sia; Satu lagi usaha PH bantu rakyat! Pegawai Salahuddin direman 4 hari? >> Berita Malay 18

Selasa, 2 April 2019
KiniTV
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr. Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan kepada dewan rakyat bahawa kekangan kewangan yang dialami Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) adalah kerana memasuki perniagaan bukan bidang asal Felcra. Radzi menjawab soalan Ahli Parlimen Jerlu Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bertanya adakah salah satu kerugian yang dialami oleh Felcra adalah kerana pelaburan pembanguanan di jalan semarak. Sebelum itu Ahli PArlimen Pasir Salak inginkan kepastian mengapa bantuan sara hidup peserta Felcra dipotong memandangkan pada zamanya sebagai pengerusi dahulu ia merekodkan keuntungan sehingga RM3 bilion.

Menjawab soalan itu, Radzi menegaskan Felcra hanya mengambil langkah menangguhkan sementara pinjaman sara hidup kepada peserta berikutan kedudukan syarikat yang lemah. Ia juga berikutan kejatuhan harga komoditi dan cabaran isu legasi yang diwarisi oleh pentadbiran terdahulu.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
RM1.7 billion cukai tak bayar, ini dia perompak negara. 
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, teks

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks

Pegawai Salahuddin direman 4 hari

Seorang pegawai kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub ditahan reman selama empat hari selepas didakwa menerima jam tangan mewah sebagai suapan daripada seorang pemaju.
Pembantu berusia 47 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perintah tahanan reman itu akan berakhir pada 5 April.
Malam tadi, Salahuddin memberi jaminan tidak akan campur tangan dalam siasatan kes itu.
"Saya berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang dan saya yakin dan percaya SPRM akan menyiasat kes ini dengan adil dan bebas," katanya.
Terdahulu, dilaporkan SPRM menahan suspek selepas siasatan awal mendapati jam tangan berharga RM28,000 itu diberikan sebagai dorongan dari pemaju untuk mendapatkan projek di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.
Suspek ditahan kira-kira jam 5 petang semalam ketika hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk disoal siasat.
Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama, yang memperuntukkan sehingga 20 tahun penjara dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan.
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: