PEMANGKU Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador sah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui media selepas majlis sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Ketika ditanya wartawan berhubung perkara itu, Dr Mahathir menjawab: “Ya, saya fikir dia lah jadi IGP (Ketua Polis Negara).
“Saya rasa Yang di-Pertuan Agong sudah tandatangan surat pelantikan itu,” katanya.
Abdul Hamid akan menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang akan bersara wajib Jumaat ini.
Mohamad Fuzi dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 4 September 2017.
Abdul Hamid menjadi perhatian pada 2015 apabila membuat pendedahan mengenai pihak tertentu yang menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain mendesak siasatan terus ketika menjawat jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.
Beliau yang hampir 40 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya, bintang kepahlawanan tertinggi daripada Kerajaan Indonesia selepas membantu kerajaan dan pihak berkuasa republik itu melumpuhkan kegiatan keganasan Jemaah Islamiah (JI) dan elemen pengganas Daish.
Related Posts :
Update Jangan main2 dengan walaun! Jika gagal lawan hujah jebon, kafirkan terus..DUN boleh tolak orang pilihan sultan, kata Dr M & SIAPA CALON UMNO DI PRK PARLIMEN PEKAN (?) Oooopppsss terlalu awal [Video SIARAN VIDEO EDIT BICARA NAJIB HINA MAHKAMAH] >> Berita Malay 18Khamis, 25 April 2019
Jom Channel
Menurut Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali transkripsi rakaman mahkamah (CRT) adalah untuk kegunaan mahkamah … Read More...
Update The Malaysian Constitution... >> Berita Malay 18
1. When the MacMichael Treaties (or agreements) were signed, the states of Malaysia became a colony of the British. The Malayan Unio… Read More...
Update Perlembagaan Johor, Terengganu terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan dibentuk >> Berita Malay 18
Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Mel… Read More...
Update Kesian Menteri Pengangkutan, Sudahlah Kena Tinggal, Terpaksa Berbohong Pula >> Berita Malay 18
Setelah kalah dalam PRK Rantau tempoh hari, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke terpaksa mengubah kenyataan. Kini jalinan ECRL yang melalu… Read More...
Update Kau jangan buat muke kesihan Najib weiiii..! Isham Jalil bekas pegawai khas Najib cuba perbodohkan rakyat terutama pembangang dgn tajuk panas [Video Penyebaran CRT di media sosial satu kesalahan - Peguam] >> Berita Malay 18Rabu, 24 April 2019
KiniTV
Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata penyebarkan transkripsi rakaman mahkamah (CRT) di media sosial adalah satu … Read More...