Update JKD serah laporan kajian semula Dasar Pendidikan Negara >> Berita Malay 18

PENYERAHAN LAPORAN JAWATANKUASA KAJIAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA (JKD)

Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) telah menyerahkan laporan lengkapnya kepada YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia dalam satu majlis ringkas di Putrajaya, semalam.
JKD ditubuhkan melalui cadangan Mesyuarat Jemaah Menteri yang meminta KPM mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji semula dasar pendidikan negara, termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan dari peringkat prasekolah sehingga universiti.

Pelantikan Ahli JKD dilaksanakan pada 18 Oktober 2018. JKD diberikan tempoh sehingga 30 April 2019 untuk menyediakan laporan lengkap.

JKD telah mengadakan siri pertemuan di seluruh negara melibatkan 3,141 pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan untuk menambah baik sistem pendidikan negara.

Jawatankuasa ini juga telah menerima sebanyak 3,378 perakuan daripada pelbagai pertubuhan dan individu.

KPM akan meneliti secara menyeluruh Laporan JKD ini sebelum dibawa untuk perhatian Jemaah Menteri.
YB Dr Maszlee berkata, KPM bagi pihak Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Pengerusi JKD, YBhg Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid; Timbalan Pengerusi JKD, YBrs Dr. Madeline Berma dan ahlinya yang lain yang terdiri daripada Profesor Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri, Dr. Dzaharudin Mansor, Dr. Mohamed Yunus Mohamed, Dr. Juli a/l Edo, Puan Yeo Kar Peng, Puan Janet Pillai, Dr. Mohd Tazli Azizan, Dr. Putri Afzan Maria, Puan Cheryl Fernando, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Profesor Dr. Abhi Veerakumarasivam.

Laporan diserahkan oleh YBrs Dr. Madeline.

Turut hadir YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan dan YBhg Dato' Dr Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha KPM serta barisan pengurusan tertinggi Kementerian.

Sumber: FB Kementerian Pendidikan Malaysia

Subscribe to receive free email updates: