Update [KUANTAN] YANG DI-PERTUAN AGONG RAI 106 KANAK-KANAK PROGRAM YAYASAN CIMB >> Berita Malay 18



YANG DI-PERTUAN AGONG, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah



Seramai 106 kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah dan Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom di sini diraikan pada Program Membeli-Belah anjuran Yayasan CIMB di Pasar Raya Mydin di sini semalam.

Berkenan berangkat bagi meraikan kanak-kanak berkenaan ialah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Ya­yasan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin.

Pada majlis berkenaan, Seri Paduka berkenan mengiringi kanak-kanak berkenaan memilih baju raya, kasut dan mainan dengan dibantu oleh sukarelawan CIMB.

Sementara itu, Hamidah berkata, Yayasan CIMB menjunjung kasih kepada Sultan Abdullah kerana sudi meluangkan masa berangkat pada majlis berkenaan.

“Hari ini merupakan peristiwa bermakna dengan keberangkatan Seri Paduka sekali gus menambah keceriaan hari raya Aidilfitri kepada kanak-kanak terlibat yang kebanyakkannya adalah anak-anak yatim,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif itu merupakan antara usaha Yayasan CIMB untuk memanjangkan sokongan kepada golongan yang kurang bernasib baik di negara ini.


Subscribe to receive free email updates: