Update Penjelasan surat arahan guru opsyen Bahasa Inggeris perlu duduki MUET >> Berita Malay 18

Viral dua pucuk surat bertanda tangan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Amin Senin berkenaan TAHAP PENGUASAN BAHASA INGGERIS GURU OPSYEN BAHASA INGGERIS BERLANDASKAN COMMON EUROPEAN FRAMEWORK OF REFERENCE (CEFR) dan PELAKSANAAN KURSUS PROFESIONAL UP-SKILLING OF ENGLISH LANGUAGE TEACHERS (PRO-ELT) di laman grup-grup Facebook dan juga laman media sosial lain seperti Whatsapp dan Telegram.

Hingga saat ini masih tiada pencerahan atau penjelasan dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan surat-surat berkenaan.

Laman Facebook NUTP pada 2 Mei 2019 telah memuatnaik dua pucuk surat ini dengan status mengajak Guru Bahasa Inggeris menjadi ahli kesatuan tersebut bagi memperjuangkan isu tersebut. Kami masih kabur perjuangan untuk isu apa...
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, kami menghubungi beberapa sumber yang boleh dipercayai dari 'kayangan' (terma digunakan warga FB yang tak tahan daulat dengan golongan PPD, JPN dan Putrajaya).

Menurut sumber berkenaan, surat tersebut dihantar kepada jabatan pendidikan negeri seluruh Malaysia sebagai punca kuasa untuk setiap negeri mengeluarkan pula surat arahan untuk pelaksanaan program PRO-ELT dan ujian MUET tesebut.

Siapa yang perlu ambil ujian MUET?

Menurut sumber kami lagi, ujian MUET tersebut hanya perlu diambil oleh 20,634 orang guru seluruh Malaysia. Lebih dua puluh ribu guru opsyen Bahasa Inggeris di Malaysia ini tidak pernah menduduki atau mengambil apa-apa ujian kemahiran (profeciency test) sama ada MUET, APTIS, CPT atau lain-lain ujian.

Bagi guru-guru yang telah mengambil pelbagai ujian tersebut dan memiliki keputusan mereka, mereka TIDAK PERLU untuk duduki ujian MUET pada tahun ini walaupun tahap kemahiran mereka masih belum mencecah minimum C1.

Jadi bila pula mereka perlu ambil?

Entah lah, sumber kami hanya memberitahu, tunggulah surat arahan daripada pihak yang berwajib.

Beberapa komen yang kami tinjau berkenaan isu ini banyak berkisar tentang bayaran yang perlu dikeluarkan sendiri oleh guru yang terlibat.

Isu-isu lain termasuklah keperluan ujian tersebut seolah tidak mengiktiraf sijil ikhtisas atau ijazah yang diperoleh sebelum menjadi guru.

Setakat ini info yang kami peroleh dahulu.

Harap maklum...

Subscribe to receive free email updates: