Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang akan beroperasi pada jam 8 pagi hingga 4.30 petang setiap hari sepanjang Ramadan bermula hari ini.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal berkata, orang ramai yang ingin berurusan diminta peka dengan perubahan waktu operasi ditetapkan.
Menurutnya, namun segala urusan pembayaran di kaunter adalah dari jam 8 pagi hingga 4 petang sahaja bagi memudahkan proses pelarasan akaun.
"Kebiasaannya, waktu operasi bermula jam 8 pagi hingga 5 petang (setiap hari), tetapi bagi menghormati bulan Ramadan, ia diubah dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang sahaja.
"Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat di talian 09-5121555 atau melayari laman sesawang MPK, www.mpk.gov.my," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, bagi perkhidmatan dan bayaran di kaunter ibu pejabat MPK, orang awam boleh berurusan bermula dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang.
Bagaimanapun, kaunter MPK di Gambang, Gebeng, Pak Mahat, Terminal Sentral Kuantan (TSK) dan Pasar Besar Kuantan bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.
"Pondok letak kereta pula beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang," katanya.
Related Posts :
Update [Video Nak tahu kenapa MyPPP keluar BN? Ini jawab Kayveas] 'Masa berkuasa pun Najib tak dipercaya, sekarang lagi tak percaya' & Berpada-padalah jika mahu bermuka tembok pun! >> Berita Malay 18Ahad, 27 Mei 2018
'Masa berkuasa pun Najib tak dipercaya, sekarang lagi tak percaya'
Walaupun Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan beber… Read More...
Update Apa Hubungan Anwar Ibrahim Dengan Naib Pengerusi Kesatria Muda Pemuda Umno, Eddy Casmady? >> Berita Malay 18
Apa Hubungan Anwar Ibrahim Dengan Naib Pengerusi Kesatria Muda Pemuda Umno Malaysia, Eddy Casmady?
Eddy Casmady, Naib Pengerusi Briged… Read More...
Update [Video 7 ketua cawangan Umno, bekas ADUN keluar parti] Kesian Shahidan, tersepit kerana tidak diberitahu. >> Berita Malay 18Ahad, 27 Mei 2018
Kesian Shahidan, tersepit kerana tidak diberitahu
Nampaknya lakunan ini bakal menjadi kenyataan buat Shahidan.
Selepas … Read More...
Update Petisyen mahu calonkan Tun M untuk Hadiah Nobel >> Berita Malay 18
The former South African President Nelson Mandela on 27 August 2013 was honoured with the first Lifetime Campaigner for Pea… Read More...
Update TERTANYA2? Mengapa Najib Simpan Wang Dalam Bentuk Cash?? >> Berita Malay 18
MENGAPA NR SIMPAN WANG DALAM BENTUK CASH
1. Dua hari lepas, pihak media telah melaporkan yang wang yang dirampas oleh pihak Polis dari … Read More...