Hari ini, sekali lagi ketika diajukan soalan kepada penularan sebuah video dan gambar yang mirip seorang Menteri, Tun Dr Mahathir menjawab beliau tidak tahu apa-apa berkenaan video tersebut. Ini berikutan tular sebuah video dan gambar kelihatan dua orang lelaki berada di atas katil dan salah seorang darinya kelihatan mirip seorang Menteri.
Perdana Menteri perlu memecat semua pegawai beliau. Maklumat tidak kemaskini dan up-to-date. Satu Malaysia sudah tahu pasal video berkenaan, Perdana Menteri masih tidak tahu. Tambahan lagi, kejadian Perdana Menteri tidak tahu bukan sekali dua. Malah carian mudah di internet mendapati 6 kejadian Perdana Menteri tidak tahu.
Kesimpulannya, baik lantik CTS saja jadi Pegawai Khas Perdana Menteri.