Peningkatan aliran trafik di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri dijangka berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini yang mana pengguna dinasihatkan agar merancang perjalanan serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.
Sebagai panduan mengurangkan kesesakan lalu lintas, Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi laman Facebooknya mencadangkan laluan alternatif bertujuan melancarkan pergerakan trafik di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri.
Di negeri ini, panduan jalan alternatif itu melibatkan dari Bentong melalui Raub ke Kota Bharu, Kelantan dan dari persimpangan Plaza Tol Bentong (Lebuhraya Kuala Lumpur (KL)-Karak) melalui Kuala Lipis ke Kota Bharu.
Berdasarkan lakaran jalan alternatif yang dikeluarkan itu, bagi Jalan Negeri, pengguna dicadangkan mengambil laluan dari Bentong memasuki Bandar Raub ke Cheroh-Batu Malim seterusnya Jalan Cheroh-Gesong sebelum membelok ke kiri menuju Kota Bharu.
Dari Bentong, pengguna juga boleh memasuki Bandar Raub dan melalui Jalan Bukit Koman menuju ke Kota Bharu.
Dalam pada itu, antara laluan alternatif yang dicadangkan dari persimpangan Plaza Tol Bentong melalui Kuala Lipis ke Kota Bharu ialah menggunakan Lebuh Raya KL-Karak dari Kuala Lumpur sebelum memasuki nombor laluan 1498 melalui Kampung Chinta Manis menuju ke Felda Mempaga Jaya.
Selepas Felda berkenaan, pengguna dicadangkan membelok ke kanan menggunakan laluan bernombor 1496 sebelum membelok ke Kampung Sungai Ruan seterusnya membelok ke kanan menuju ke Kota Bharu.
Related Posts :
Update KPM nafi keluar surat larangan >> Berita Malay 18
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menafikan sebuah kenyataan yang viral berkaitan sepucuk surat berkenaan Larangan Meminta Sa… Read More...
Update [Video Peja: Kalau ada, it’s very silly (ia sangat bodoh)] Ahli Lembaga Pengarah TH terdiri dari Tan Sri Umno, Dato Seri 1MDB! Sebab itu PH nak letak TH dibawah BNM, supaya mengelakkan TH diPOLITIKKAN & MP Sabah jumpa PM sebelum keluar Umno. >> Berita Malay 18Khamis, 13 Disember 2018
Ahli Lembaga Pengarah TH terdiri dari Tan Sri Umno, Dato Seri 1MDB.
Sebab itu PH nak letak TH dibawah BNM, supaya… Read More...
Update (TERLALU AMPU DAP) P/raya Tempatan:Khalid SAMAD TIDAK rujuk kerajaan Selangor >> Berita Malay 18
Khalid dilaporkan berkata Pilihanraya PBT boleh diuji di Shah Alam biarpun terdapat kegusaran terhadap keseimbangan kaum.
KUALA… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/12/update-papagomo-dedah-teori-kerjasama.html">Update Papagomo DEDAH Teori Kerjasama "Zahid-Anwar-DAP" & Tun M vs Anwar, Siapa berjaya dapat UMNO >> Berita Malay 18
12/12/18
#livewithsirazri
Teori Konspirasi - “Antara Tun Mahathir vs Anwar Ibrahim siapa berjaya dapatkan UMNO?”
*Ini hanyalah teori yan… Read More...
Update UMNO PERLU POSITIF, KESETIAAN DAN KEBERSAMAAN TIDAK BOLEH DIPAKSA-PAKSA, DIJUAL BELI >> Berita Malay 18
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan tindakan pemimpin Sabah yang keluar daripada UMNO secara beramai-ramai se… Read More...