Update 'GAGAK mengaku HELANG' Netizen bakor line lagi...Najib & Anwar, takut apa #Bossku? Pelantikan Latheefa Koya hak mutlak PM. Dah xperlu korang nak meroyan lagi! Rakyat dah bosan asyik baca kisah anak ikan kena berkas SPRM aje [Video Tugas saya jelas iaitu banteras rasuah, jawab Latheefa] >> Berita Malay 18

Sabtu, 8 Jun 2019
KiniTV
Peguam Latheefa Koya hari ini memulakan tugas sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru. “Sudah banyak pendapat yang dikeluarkan semenjak pelantikan saya diumumkan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Sesiapapun berhak menyoal, mengkritik atau mengeluarkan pendapat masing-masing, ini tidak mengapa. “Tugas saya jelas. Iaitu untuk membanteras rasuah di mana-mana sahaja. Dengan sokongan dan dokongan rakyat dan pegawai-pegawai saya di SPRM, kami akan dapat mengubah Malaysia kepada satu masyarakat yang alah kepada rasuah dan bebas dari rasuah,” katanya dalam satu kenyataan. Selain itu, katanya, beliau akan melihat kepada tindakan jangka panjang, termasuk juga pendidikan, bagi mewujudkan satu budaya yang tidak bertoleransi kepada rasuah. “Adalah hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas rasuah. “Dengan pertolongan Allah SWT, saya berharap untuk berjaya dalam tugas saya ini,” katanya. Latheefa dilantik sebagai KP SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lepas, menggantikan Mohd Shukri Abdull yang memilih untuk memendekkan kontrak perkhidmatan beliau. Beliau kemudian melepaskan keanggotaannya dalam PKR selepas mendapat makluman mengenai pelantikannya itu. Namun ini tidak menghalang pelbagai pihak untuk terus membidas pelantikan satu pihak berkenaan. Ramai yang mempersoalkan sama ada beliau mampu bertindak dengan tidak memihak ataupun berkecuali. Tidak kurang juga mempertikaikan pelantikannya yang melangkaui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai lantikan awam yang dibentuk oleh kerajaan baru Pakatan Harapan yang bertujuan mengurangkan campur tangan perdana menteri dalam lantikan jawatan utama, termasuk dalam SPRM. Jawatankuasa itu adalah sebahagian daripada manifesto pilihan raya mereka. Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, pada Selasa lalu Mahathir mengakui bahawa beliau melantik Latheefa tanpa membincangkan perkara itu dengan kabinet kerana tidak mahu keputusan itu mengikat dirinya.
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri
Dia bakor line lagi...
Imej mungkin mengandungi: 3 orang
Najib & Anwar, takut apa #Bossku..?
Otai BERSIH
Perlantikan Latheefah Koya TIDAK bertentangan dengan prinsip Pakatan Harapan. Malah ia adalah sah di sisi undang-undang
Kami dah bosan asyik baca kisah anak ikan kena berkas SPRM dan kami tidak mempercayai SPRM sepenuhnya kerana kami tahu SPRM masih banyak kaki sabotaj. Lama kami nantikan dan kami nak jerung besar diberkas segera dengan siasatan telus dan sesiapa saja di dalam Pakatan Harapan yang hidup mewah tiba-tiba kami nak mereka disiasat juga.
Kami tahu perlantikkan Latheefa Koya adalah pilihan terbaik untuk tidak beri keselesaan semua pihak yang berkeptingan. Duit rakyat hanya untuk rakyat dan rakyat adalah boss kepada semua pemimpin yang dipilih.
Kami tahu ramai pihak yang tidak jujur mahu pun dari pihak pembangkang dan kerajaan tidak suka perlantikan Latheefa sebagai KP SPRM. Prinsip mereformasikan SPRM sebagai sebuah badan bebas dari lantikan politik TIDAK dicemari. Malah ia adalah keputusan tepat. Ayuh Malaysia, Jom sokong!
Can you help me out by signing this petition?
http://chng.it/2dqxg9kr
Kalau Tun Lantik Rafizi Jadi Ketua SPRM Anwar Nak Bersuara Tak? 
Nak Komplen Tun Tak Bincang? Atau Duk Diam2 Sambil Senyum?
Pelantikan Latheefa Koya hak mutlak PM. Dah xperlu korang nak meroyan lagi..
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, meme dan teks
Otai BERSIH
Why Lathefa is best choice to helm chief commisioner SPRM.
*KENAPA ADA PIHAK TIDAK SENANG LATHEEFA KOYA DILANTIK BOS SPRM?*
Sebab beliau bukan macai siapa-siapa. Tidak kira Pembangang Umnopas mahupun kerajaan PH, kalau tak betul, beliau balun semua sekali. Bukan macam zaman Najib di mana SPRM hanya berani kenakan pembangkang. Buktinya di sini.
Latheefa balun PM PH kerana gagal memansuhkan Akta Hasutan
https://m.malaysiakini.com/news/446448
Latheefa balun pejabat TPM PH kerana mengeluarkan 'surat sokongan' untuk kontrak-kontrak kerajaan
https://www.bharian.com.my/…/umum-segera-larangan-pengeluar…
Latheefa balun Presiden PKR-PH kerana mengamal kronimisme dalam lantikan jawatan
https://www.bharian.com.my/…/umum-segera-larangan-pengeluar…
Latheefa balun setiausaha Menteri Pengangkutan DAP-PH kerana mengugut para pengamal media
http://m.utusan.com.my/…/dakwaan-rtm-sabotaj-menteri-tindak…
Latheefa balun Menteri PKR-PH kerana gagal membela pengantin kanak-kanak
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/87282
Latheefa balun ADUN PKR kerana membeli undi dalam pemilihan parti
https://malaysiagazette.com/…/kalau-nak-ambil-tindakan-say…/
Latheefa balun kerajaan PH kerana gagal membela nasib pelarian Rohingya
https://www.thestar.com.my/…/latheefa-koya-malaysia-will-b…/
Latheefa balun Presiden Amanah kerana berwayang
https://www.amenoworld.org/…/suka-tunjuk-dia-marhein-sangat…
Latheefa balun gimik Tabung Harapan DAP
http://m.utusan.com.my/…/penasihat-undang-undang-pkr-selar-…
Rumusannya begini.
UMNO tidak puas hati, sebab Latheefa bukan barua UMNO.
Pas tidak puas hati, sebab Latheefa bukan barua Pas.
PKR tidak puas hati, sebab Latheefa bukan barua PKR.
DAP tidak puas hati, sebab Latheefa bukan barua DAP.
PPBM tidak puas hati, sebab Latheefa bukan barua PPBM.
Amanah tidak puas hati, sebab Latheefa bukan barua Amanah.
Baguslah. Semua pun tidak puas hati. Itu buktinya beliau bukan barua mana-mana pihak. Sebab dari atas sampai bawah, dari kerajaan sampai pembangang, semuanya pernah dibalun Latheefa Koya.
Ini jauh berbeza berbanding era UMNO, di mana bos SPRM tidak berani tegur kerajaan. Kini, bos SPRM seorang pemimpin yang berprinsip. PM PH, TPM PH, Menteri PH, kerajaan PH, semua pernah dibalun Latheefa. Malaysia memerlukan seorang Ketua SPRM sebegini. Seorang yang tidak rela menjadi macai mana-mana pihak.

Subscribe to receive free email updates: