Update Guan Eng & Mat Sabu sambut Aidilfitri di MALBATT Ma'rakah Lebanon! Dari jauh Mat Said tenung je Dr Sam duk bangga dengan jambatan boleh lipat tu..Tepuk, PAS sudah masuk perangkap UMNO [Video CEO Telekom Malaysia, bukan Imri, orang lain - Dr M] >> Berita Malay 18

Sabtu, 8 Jun 2019
KiniTV
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Telekom Malaysia (TM) sudah dilantik. Bagaimanapun, pengerusi PH itu tidak mendedahkan nama CEO baru berkenaan dan sekadar menyatakan bahawa ia bukan Imri Mokhtar yang kini memangku jawatan berkenaan. "Saya rasa mereka (TM) belum umumkan (CEO baru), tapi saya fikir dia sudah dilantik," katanya kepada pemberita ketika sidang media di majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya pada Rabu. "Orang lain," katanya ketika ditanya sama ada individu yang dilantik adalah Imri. Media sebelum ini melaporkan bahawa pengerusi TM Rosli Man tidak sependapat dengan Kementerian Kewangan Diperdankan yang merupakan pemegang saham khas. Rosli dikatakan enggan melantik Imri sebagai CEO baru syarikat itu. Imri ketika ini menjalankan tugas sebagai pemangku CEO selepas menggantikan Bazlan Osman November lalu. Syarikat telekomunikasi itu tidak mempunyai CEO tetap selama setahun selepas Shazalli Ramli meletakkan jawatan Jun tahun lalu. Shazalli merupakan bekas penasihat kepada bekas perdana menteri Najib Razak. Rosli menjadi pengerusi Dis lalu selepas peletakan jawatan Sulaiman Mahbob. Dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia, TM menjelaskan bahawa nama Imri dicadangkan oleh ahli lembaga pengarah dan disokong oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan, namun Pejabat Perdana Menteri dikatakan minta keputusan berhubung perkara itu ditangguhkan. Sabtu lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pelantikan pengerusi TM dan CEO hanya boleh dibuat selepas mendapat arahan daripada perdana menteri.
Imej mungkin mengandungi: 19 orang, orang senyum
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang duduk dan teks
Ana Tahu
Ana tak nampak Umno sedang ikut rentak politik parti ana, tapi sebaliknya apa yang berlaku hari ini pengikut parti ana mula mengikuti corak politik Umno yang penuh dengan emosi api perkauman...
🎶🎵Selamatlah Parti Islam melangkah...🎶🎵
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Ana Tahu
Dr Sam mungkin berdebar bila Latheefa Koya jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM. Beliau jangka “kawan baik” nya yang akan naik ganti Shukri Abdul. “Kawan baik” nya itu mungkin selama ini dapat bantu melambat-lambatkan siasatan melibatkan parti ana... Latheefa ni nampak gaya kena kawteem baru lah nampak gaya...
Selamat Hari Raya
「Gambar jambatan berlipat di terengganu」的圖片搜尋結果
Ana Tahu
Dari jauh Mat Said tenung je Dr Sam duk bangga dengan jambatan boleh lipat tu....

Subscribe to receive free email updates: