KiniTV
Pelantikan peguam dan bekas ahli PKR Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM mengejutkan ramai pihak, termasuk menteri kabinet dan ahli parlimen PH sendiri. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau sendiri yang memilih Latheefa yang disifatkannya sebagai berperwatakan tegas, dan keputusan itu dibuat tanpa berbincang dengan kabinet. Mengulas tentang pelantikan itu, Dr Mahathir mengakui bahawa pelantikan itu mempunyai unsur kejutan. "Kadang-kadang perkara seperti itu (kejutan) terjadi. "Sebagai contoh, apabila DAP cadang saya sebagai perdana menteri, itu mengejutkan termasuk kepada saya sendiri. "Kadang-kadang kita ada kejutan," katanya pada sidang media ketika majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya pada Rabu. Dr Mahathir juga bersetuju bahawa kejutan itu dibuat untuk memastikan menteri kabinet tidak terlalu selesa. "Mereka tidak boleh terlalu selesa dan fikir apa saja mereka fikir akan diterima," katanya. Semalam, Latheefa, diumum menjadi ketua pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun lalu untuk kontrak selama dua tahun. Latheefa menggantikan Mohd Shukri Abdull yang memohon perkhidmatan kontraknya dipendekkan lebih awal sebelum kontrak berakhir 17 Mei 2020. Dr Mahathir berkata, Mohd Shukri sudah memohon untuk berundur sejak tahun lalu. "Saya ambil masa untuk cari pengganti. Dia kata dia sudah terlalu lama memegang jawatan itu," katanya. Pelantikan Latheefa dikritik oleh ahli politik dari kalangan PH dan pembangkang serta aktivis yang mempersoalkan peguam itu kerana sebelum ini merupakan ahli PKR dan pernah memegang jawatan dalam parti. Meskipun Latheefa kemudian mengumumkan bahawa dia sudah keluar dari PKR apabila mendapat tahu akan dilantik menjadi ketua pesuruhjaya SPRM, pengkritiknya masih tidak berpuas hati. Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dalam Pelantikan Awam Utama dan menteri kabinet juga mendedahkan bahawa mereka tidak maklum dengan pelantikan itu. PH dalam manifesto pilihan rayanya berjanji bahawa pelantikan utama dalam agensi termasuk SPRM perlu diluluskan oleh jawatankuasa parlimen yang sesuai.Ini adalah pakaian tradisi keluarga Diraja Johor. Hanya keluarga Diraja Johor sahaja layak pakai seluar hitam. Helang dan pipit terbang tak sama tinggi.
- TMJ
Orang Melayu itu terkenal dengan merendah diri, apatahlagi seorang muslim. Kesombongan boleh membawa kepada kekufuran. Kesombongan itu pakaian Iblis dan Firaun. Justeru, Firaun dan segala kesombongannya berakhir dengan kelemasan di lautan. Demikianlah fir'aun-fir'aun kecil akan berakhir dengan trajis.
- Dr Maza
PEMIMPIN MCA BIADAP!! HINA PAKAIAN KEBANGSAAN.
Timbalan Ketua Pemuda MCA Johor, Joan Ng dalam satu status yang di muatnaik dalam facebooknya telah menghina dan mencerca pakaian kebangsaan apabila merujuk kepada pakaian kebangsaan yang di pakai oleh Wong Suki Ahli Parlimen kluang dan Chew Chong Sin Adun Mengkibol.
Pemimpin pemuda MCA tersebut menerima hentaman teruk dari Netizen kerana tidak berpuas hati dengan cara politik perkauman yang di mainkan oleh pemimpin MCA ini sehingga sanggup menghina pakaian orang melayu yang juga merupakan pakaian kebangsaan yang telah sekian lama di pakai oleh rakyat Malaysia tanpa mengira kaun dan agama.
Setelah lebih 60 tahun negara kita merdeka pemimpin MCA masih belum kenal yang mana satu pakaian kebangsaan malah turut menghina pakaian orang melayu.