Jom Channel
Baru-baru ini Salahuddin Ayub dilaporkan mahu berjumpa dengan aktivis dan badan masyarakat berkaitan pertanian selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini. Tujuan adalah untuk mendengar idea dan pandangan mereka bagi memajukan sektor pertanian. Beliau merancang pertemuan itu selepas timbul cadangan daripada sekumpulan aktivis yang mahu kerajaan membentangkan kertas putih pertanian agar masalah lama tidak berulang, lapor The Malaysian Insight.
Hahahahhaha ini pun ada... betul jugak... kita sokong!!
Please sign to show support
https://www.change.org/p/ kami-sokong-latheefa-koya-s iasat-semua-pemimpin-yang- panik?source_location=peti tion_nav
Please sign to show support
https://www.change.org/p/
KENYATAAN MEDIA
KETUA PESURUHJAYA SPRM
KETUA PESURUHJAYA SPRM
Pagi ini, saya telah memulakan tugas hari penuh pertama saya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sudah banyak pendapat yang dikeluarkan semenjak pelantikan saya diumumkan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Sesiapapun berhak menyoal, mengkritik atau mengeluarkan pendapat masing-masing, ini tidak mengapa.
Tugas saya jelas. Iaitu untuk membanteras rasuah di mana-mana sahaja.
Dengan sokongan dan dokongan rakyat dan pegawai-pegawai saya di SPRM, kami akan dapat mengubah Malaysia kepada satu masyarakat yang alah kepada rasuah dan bebas dari rasuah.
Saya juga akan melihat kepada tindakan jangka panjang, termasuk juga pendidikan, bagi mewujudkan satu budaya yang tidak bertoleransi kepada rasuah. Adalah hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas rasuah.
Dengan pertolongan Allah SWT, saya berharap untuk berjaya dalam tugas saya ini.
LATHEEFA KOYA
KETUA PESURUHJAYA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
KETUA PESURUHJAYA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
7 JUN 2019
Otai BERSIH
Alamak..... Aunty IC Wangsa Maju mulakan petisyen minta Pn Latheefa resign. Kemudian dibalas dengan petisyen baru sokong Pn Latheefa.
Kini nampaknya petisyen sokong Pn Latheefa sudah menerima lebih banyak tandatangan berbanding petisyen Aunty IC Wangsa Maju.
Sokong Pn Latheefa. Turunkan tandatangan dihttps://www.change.org/p/latheefa-koya-support-latheefa-koy…
Kami Viral
04 JUNE PAS BANTAH LATEEFA KOYA, 06 JUNE PAS SOKONG LATEEFA KOYA
Tidak pelik kalau Pas bersikap demikian. Parti lebai ini memang terkenal dengan "flip flop" nya, jika tidak masakan parti ini boleh "bercemolot" dengan Umno setelah pernah menyatakan menentang Umno itu adalah jihad dan boleh mati syahid. Itu kita faham sebab dalam parti ini berbohong boleh sahaja asalkan menguntungkan parti tersebut.
Kita faham, kekhuatiran Pas kepada Lateefa Koya kerana bekas MPP Keadilan ini amat anti kepada Pas. Kebetulan pula Pas masih terkait dengan beberapa isu yang melibatkan beberapa pimpinan mereka dalam isu dedak Umno. Ini bukan auta, tapi fakta yang diakui sendiri oleh Nik Abduh melalui rakaman audionya, ditambah lagi perakuan oleh menantu Hadi sendiri iaitu "Din Ayam" sehingga berbalah dua orang ini.
Sudah tentu memuji Lateefa Koya adalah langkah paling baik berbanding dari terus menghentamnya. Kalau saya mahu lihat beberapa pemimpin Pas disiasat atau didakwa atas kes terima dedak dari Umno samada melalui skandal 1MDB atau apa cara yang salah sekalipun, sudah tentu saya juga turut mengalu-alukan perlantikan Lateefa Koya sebagai Ketua Pengarah SPRM.
Ada Menteri yang kata perlantikan beliau mematuhi undang-undang. Nampaknya mereka masih kabur mengapa ramai yang bantah perlantikan tersebut. Kita bukan bicara soal Lateefa Koya ini mampu mengorek salah laku pemimpin Pas atau beliau layak dari segi undang-undang.
Kita bantah dari segi kaedah yang Tun M gunakan. Kita ada jawatankuasa khas yang dibentuk di Parlimen. Kita ada Majlis Presiden dan juga Kabinet. Kita juga ada manifesto yang jelas tentang perlantikan beberapa jawatan penting seperti ini. Mustahil Tun M tidak hadam lagi manifesto tersebut. Mengapa beliau buat keputusan sendiri dan membelakangkan semua ini? Itu isunya.
Seandainya nama Lateefa Koya ini dibawa untuk dibincangkan, kemudian ianya dipersetujui bersama, sudah tentu tidak timbul isu dalam perkara ini. Sudah beberapa kali kita hanya memandang beberapa tindakan yang berlawanan dengan prinsip PH yang kita canangkan sebelum kita membentuk kerajaan. Apakah selama-lamanya kita hanya sekadar memandang sedikit demi sedikit prinsip kita dilanggar?
Kita sayangkan PH melebihi dari kita sayangkan Tun M. Tun M kita hormati kerana beliau diangkat untuk menjadi PM melalui kesepakatan di dalam PH. Kalau jawatan penting sebagai PM itu kita boleh berbincang dan persetujui bersama, mengapa Tun M tidak mampu lakukan kaedah yang sama?
Pembangkang pula jangan ingat bila kita tegur dan kritik Tun M bermakna kita akan menentang PH dan menyokong mereka. Silap besar jika beranggapan begitu. Kami mengkritik Tun M kerana kami mahu maruah dan prinsip PH terpelihara.
Kami bukan seperti walaun yang menjadi pak turut atau wala' tidak bertempat kepada Hadi. Hadi menipu pun walaun bertakbir.
WFAUZDIN NS