Mulanya sekadar 1 hingga 2 tahun. Hari ini ditambah lagi 3 tahun. Tahun ke 4, sekiranya beliau mengotakan janjinya, barulah peralihan kuasa akan diberikan kepada DS Anwar Ibrahim. Apa yang akan dibuat oleh Anwar Ibrahim jika benar beliau menerima jawatan di tahun ke 4.
Sedangkan kebanyakan PRU diadakan pada pertengahan tahun ke 4 bagi penggal parlimen. Seperti mana Tun Abdullah dulu mengadakan PRU setelah 3 tahun setengah diserahkan jawatan oleh Tun Dr Mahathir untuk mendapatkan mandat baru.
Alamat Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Menunggu yang paling lama dalam sejarah. Memandangkan situasi politik yang gawat sekarang, adakah PRU akan diadakan dalam tahun 2020 atau paling lewat dalam tahun 2021? Peluang Anwar Ibrahim semakin tipis setelah gabungan UMNO dan PAS menjadi semakin matang,dan sebaliknya PH semakin tenggelam.