Update Terbit Bon Konon Ambil Alih Tol, Itu Bon Tot Sebenarnya Guan Eng >> Berita Malay 18


Di atas adalahh Kenyataan Media Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkenaan tawaran pengambilalihan 4 lebuhraya -KESAS, LDP, SPRINT & SMART.

Ini bukan ambil alih namanya. Ini namanya membayar pampasan kepada syarikat konsesi untuk mengurangkan kutipan tol atau apek ini panggil 'caj kesesakan' luar waktu puncak dan percuma bagi waktu bukan puncak sehingga tempoh konsesi tamat.

Lagi hina, selepas konsesi tamat, 'caj kesesakan' akan diteruskan untuk menampung kos operasi. Penyelesaian 'menang menang' apakah yang kau maksudkan ini Guan Eng?

Dalam Manifesto Buku Harapan tiada janji untuk ambil alih konsesi dengan menerbitkan bon. Terbit bon bermaksud tambah lagi hutang negara. Bila tidak cukup kutipan, wang Rakyat yang akan digunakan untuk membayar. Bukankah syarikat pemegang konsesi sudah membuat keuntungan? Adakah Kerajaan PH Kerajaan Rakyat atau Kerajaan Syarikat Konsesi?

Subscribe to receive free email updates: