Update Anwar Ibrahim Berkias Untuk Mengetahui Siapa Rakan Intim Hazim Dalam Video Sandakan >> Berita Malay 18


Berkatalah Anwar Ibrahim, baca di sini
Siasatan harus serah pada polis tetapi ada dua fasa, satu apakah sahih video itu dan satu lagi siapa yang sebarkan, jadi rakyat mahu tahu kedua-duanya. Dan Haziq direman, itu proses polis tapi banyak orang persoal kenapa sebahagian ... itu biar polis jawab.
Berbelit juga soalan daripada Bakal Perdana Menteri (Menunggu), Anwar Ibrahim ini. Kenapa Anwar Ibrahim tidak terus bertanya, jika Haziq Aziz dituduh bersemburit, dia bersemburit dengan siapa? Siapa sebenarnya pasangan semburit Haziq Aziz dalam video itu? Nampak macam rupa seorang Menteri Kanan Kerajaan Malaysia, tapi betulkah dia orang yang sama dalam video itu? Itu yang Rakyat nak tahu.

Ini pula kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, baca di sini.
Kita telah menerima laporan daripada pihak siber sekuriti namun tidak akan mendedahkan butiran siasatan. Laporan hasil siasatan akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara (AG) untuk tindakan lanjut.
Dalam erti kata lain,  pihaknya tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat berhubung siasatan termasuk pelaku atau dalang video tersebut.

Subscribe to receive free email updates: