Update Apa Yang Mujahid Rawa Bangga Sangat Dengan Prestasi Tabung Haji? >> Berita Malay 18



Sebelum kita tumpang suka dgn Menteri Agama Kerajaan Porn Hub (PH) ini, mari kita buat dahulu satu kiraan matematik yang mudah.

Prestasi TH setakat 30 Jun 2019 (6 bulan):

- Aset: RM74 bilion
- Liabiliti RM72.2 bilion
- Pendapatan: RM1.3 bilion 
- Keuntungan: RM815 juta 
Rujukan Malaysiakini, di sini.

Prestasi TH untuk keseluruhan tahun 2018 (12 bulan):
- Aset: RM76.5 bilion
- Liabiliti RM75.5 bilion
- Pendapatan: RM4.2 bilion
- Keuntungan: RM2 bilion 
Rujukan Astro Awani, di sini.

Ini bermakna setakat 6 bulan 2019, TH baru mencatat:

1. Pendapatan sebanyak RM1.3 bilion. 

Jadi TH perlu memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM2.9 bilion lagi untuk tempoh 6 bulan seterusnya bagi menyamai pendapatan RM4.2 bilion yang dicapai TH pada tahun 2018; dan,

2. Keuntungan sebanyak RM815 juta. 

Jadi TH perlu menjana keuntungan sekurang-kurangnya RM1,185  bilion lagi untuk tempoh 6 bulan seterusnya bagi menyamai keuntungan RM2 bilion yang dicapai TH pada tahun 2018.

Jika dilihat pendapatan dan keuntungan TH utk 6 bulan tahun ini (2019), kedua-duanya tidak mencapai separuh pun dari jumlah keseluruhan pendapatan dan keuntungan TH untuk tahun 2018. 

Jika untuk 6 bulan seterusnya TH dapat meningkatkan pendapatan dan keuntungan tetapi keseluruhannya hanya mampu menyamai pendapatan dan keuntungan TH untuk tahun 2018, kadar hibah yang dijangka untuk tahun 2019 adalah sama seperti tahun lepas iaitu 1.25%. 

Namun, sekiranya TH untuk 6 bulan seterusnya hanya mampu mengekalkan prestasi sama seperti 6 bulan pertama tahun 2019 atau lebih rendah, dijangka kadar hibah untuk tahun 2019 akan lebih rendah dari 1.25%.

Jadi apa yang Menteri Agama dan suka sangat ni?

Subscribe to receive free email updates: