Update DAP Rakus Dengan Lantikan Politik, Manifesto PH Dibakul Sampahkan >> Berita Malay 18


Masalah pencemaran di Pasir Gudang masih belum diselesaikan, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, ghairah dengan membuat kontroversi terbaru dengan membuat lantikan politik untuk jawatan Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA). Tindakan Yeo Bee Yin untuk melantik YB Wong Kah Woh (DAP - Ipoh Timur) sebagai Pengerusi SEDA menyerlahkan lagi kerakusan DAP untuk menguasai pelbagai sektor ekonomi negara.

SEDA adalah agensi yang ditubuhkan di era Kerajaan BN untuk memacu pertumbuhan dan pembangunan industri 'Tenaga Diperbaharui' (Renewable Energy) negara. Sejak tahun 2012 sehingga 2017, SEDA bertanggungjawab kepada pengagihan kuota penjanaan tenaga elektrik melalui Fotovolta Solar, Biomas, Biogas, Hidrokuasa Kecil dan Geoterma berjumlah 3,086.45 GWj.

Pada penghujung Disember 2018, Yeo Bee Yin telah mengumumkan projek pembangunan tenaga solar berskala besar bernilai RM2.0 bilion. Persoalannya apakah pelantikan Wong Kah Woh sebagai Pengerusi SEDA ini berkait rapat dengan projek berbilion ringgit yang baru diumumkan ini kerana agihan kuota penjanaan bagi projek ini akan diselia oleh SEDA?

Apakah sudah tiada lagi tokoh-tokoh di kalangan pakar, jurutera profesional dan ahli korporat yang mandiri untuk menggalas jawatan Pengerusi SEDA sehingga Yeo Bee Yin terpaksa melantik kroni parti? Perlantikan pemimpin DAP bagi menerajui agensi kerajaan yang penting ini bukan sahaja menimbulkan pertikaian dari segi ketelusan dan tadbir urus yang baik (good governance), bahkan satu lagi pencabulan kepada manifesto PH berkaitan dengan perlantikan politik dalam sektor kerajaan dan GLC.

Subscribe to receive free email updates: