Update Jika Tunggakan Bayaran Balik Cukai GST Berjumlah RM19.4 Bilion Tidak Hilang, Maka Ke Mana Perginya Wang Petronas? >> Berita Malay 18


Lim Guan Eng telah disahkan menipu oleh Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporan DR5/2019 - Tuntutan Tunggakan Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Berjumlah RM19.4 Bilion, baca di sini. Hanya sebanyak RM5.73 billion telah dibayar oleh Kerajaan PH hingga bulan April 2019 dari RM19.47 billion yang dikatakan telah dicuri oleh Kerajaan BN.

Duit RM19.47 billion itu telah terbukti tidak hilang. Dalam pada masa yang sama, Kerajaan PH telah menjarah duit dividen Petronas berjumlah RM30 bilion katanya untuk menyelesaikan tunggakan bayaran balik cukai GST dalam bajet 2019. Ini merupakan satu penipuan terbesar oleh Pakatan Harapan. 

Jika duit tunggakan berkenaan berjumlah ERM19.4 bilion masih ada, di mana sebahagian berjumlah RM5.73 bilion sahaja yang telah dibayar, RM30 bilion pula diambil dari Petronas, ke mana semua duit-duit berkenaan digunakan? Siasatan yang telus dan terperinci perlu dijalankan kerana ianya wang Rakyat.



Subscribe to receive free email updates: