Update Khalid Samad Tarik Balik Tuduhan Fitnah Terhadap Muhseen Latiff >> Berita Malay 18




Buat pertama kali dalam sejarah media sosial, seorang Menteri telah melemparkan fitnah kepada seorang pemain media sosial. Dalam sejarah juga, Menteri berkenaan telah menarik balik posting kerana mahu mengelak dari dikenakan tindakan saman.

Menteri Wilayah yang juga Ahli Parlimen Shah Alam telah membuat fitnah ke atas Muhseen Latiff di laman sosial Twitter yang menuduh beliau sebagai Wendy Loong. Wendy Loong adalah individu yang dicari pihak polis kerana menyiarkan gambar menghina Nabi Muhammad SAW.

Muhseen Latiff selain terkenal di media sosial, beliau juga aktivis di Pulau Pinang dan juga adalah merupakan salah seorang saksi dalam kes rasuah rumah banglo Lim Guan Eng.

Setelah menyedari fakta dan fitnah yang dibuat Khalid Samad salah, beliau telah menarik kembali posting beliau tanpa meminta maaf kepada Muhseen Latiff. 

Peguam Muhseen Latiff, Dr Shamseer Singh Thind, pada masa yang sama sedang mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang memfitnah anak buahnya.

Subscribe to receive free email updates: