Update Persatuan Burung Merpati SeMalaysia Membantah Dakwaan Kerajaan PH, Ancam Adakan Mogok >> Berita Malay 18


Berita panas yang baru kami terima melaporkan Persatuan Burung Merpati SeMalaysia hari ini membantah tindakan Kerajaan PH yang telah membuat dakwaan terhadap ahli persatuan. Ini memandangkan Kerajaan PH telah membuat tohmahan percemaran najis burung merpati mungkin menyebabkan gangguan kesihatan termasuk sesak nafas dan muntah.

Berikutan itu, salah seekor ahli persatuan yang ditemui dan enggan dikenali, berkata persatuan berkenaan akan mengerakkan ahli untuk berkumpul di Putrajaya untuk mogok lapar dalam masa terdekat. Nampak gayanya, pemilik-pemilik kilang haram di Pasir Gudang dapat menarik nafas lega kerana dibebaskan dari tuduhan mencemarkan alam sekitar. Dalam masa terdekat kita boleh mengikuti perbicaraan Kerajaan PH versus merpati.

Itu kisah di Pasir Gudang, lain pula kisahnya di Selangor. Para pemancing bakal dikenakan dakwaan kerana mencemarkan sungai sehingga menyebabkan berlakuknya krisi air di negeri ini. Sekian harap maklong. Oh Malaysia Baharuku.

Subscribe to receive free email updates: