Update Rujuk Manifesto PH Kes Akta Hasutan Wan Ji, Lim Kit Siang Sudah Nyanyuk >> Berita Malay 18


Hari ini, Lim Kit Siang menyarankan agar DPP merujuk kembali kepada Manifesto PH tentang Malaysia Baharu bagi mengelakkan kes seperti Wan Ji yang ditangkap di bawah Akta Hasutan berulang.

Pertama, wujud lagikah Manifesto PH? Bukankah ianya sudah dibakul sampahkan? 5 hari lepas, selepas setahun lebih Manifesto berkenaan dilancarkan, barulah Kerajaan PH terhegeh-hegeh mahu menubuhkan Jawatan Kuasa Khas.


Kedua, manifesto lebih tinggi dari Undang-Undang Negara? Tugas hakim dan DPP adalah untuk mengikut dan melaksana apa yang termaktub dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Negara. 

Kalaulah DPP nak rujuk manifesto, mereka pun akan pening, sebab janji mansuh Akta Hasutan dalam manifesto itu pun belum dilaksana. Ia masih berkuatkuasa, selagi tidak dimansuh di Parlimen. 

Ketiga, apabila Lim Kit Siang meminta DPP untuk merujuk Peguam Negara sekiranya ada arahan baru dari beliau, CTS rasa beliau tidak membaca berita utama Utusan Malaysia, hari ini.

Subscribe to receive free email updates: