Update SELESAI KEMELUT PARTI PKR SENDIRI, BUKANNYA BERCAKAP TENTANG UMNO >> Berita Malay 18






Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam partinya sendiri sebelum membuat sebarang kenyataan terhadap parti lain, demikian penegasan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tegasnya lagi Anwar patut menyelesaikan masalah ‘retak menanti belah’ dalam PKR dan bukannya bercakap mengenai UMNO.

“Dalam Pakatan Harapan (PH) sendiri berlaku kemelut antara parti komponen yang boleh diibaratkan sebagai ‘sudah terang lagi bersuluh’.

“Anwar terlalu terhutang budi dengan Dap. Semua yang dilaksanakan Dap dianggap benar belaka kerana parti itu adalah tulang belakang serta rakan kongsi politik yang harus digendong olehnya bagi tujuan mencapai cita-cita politik beliau”, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau turut menjelaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pula tidak pernah mengamalkan perkauman.

“Agenda kami untuk turut menjaga kepentingan semua bangsa dan agama akan terus dilaksanakan seperti sebelum ini. Ia terbukti ketika BN menjadi kerajaan”, ujarnya.

Manakala kerjasama UMNO dan Pas pula tambah beliau turut melibatkan pelaksanaan dasar menjaga semua golongan bersama parti-parti lain yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Katanya, hanya ‘kacang yang melupakan kulit’ sahaja yang akan menganggap UMNO sebagai parti perkauman.


Subscribe to receive free email updates: