Update Video Haziq Tulen Ya Bang! >> Berita Malay 18


Video intim yang melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan pasangan lelaki  mirip seorang menteri kanan disahkan tulen. Ketua Polis Negara, DS Abdul Hamid Bador berkata, sekalipun tulen, namun tiada pengesahan siapakah pelaku-pelaku dalam video berkenaan. Menurut Abdul Hamid, pengesahan ketulenan video itu dibuat oleh pihak CyberSecurity Malaysia. Kata beliau,
Mereka (Cybersecurity) kata tulen tetapi tidak dapat mengesahkan siapa pelaku-pelaku dalam tu (video). Saya sebagai Ketua Polis Negara tidak boleh memandai-mandai ... perkara itu akan menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya ia dibawa ke muka pengadilan.
Pakar telahpun mengesahkan video adalah tulen dan sekaligus membuktikan segala dakwaan awal kononnya video adalah diedit, satu hasil teknologi Deepfake atau Computer Generated Image (CGI) adalah tidak benar.

Haziq Aziz sudah dari awal mengaku bahawa dia adalah salah seorang dari pelaku dalam video itu. Haziq Aziz kini ditahan reman oleh Polis di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Haziq Aziz juga tulen, tetapi siapa pasangannya? Bagaimana hendak mendakwa Haziq Aziz di bawah Kanun Keseksaan 377B kalau pihak polis tidak boleh kenalpasti pasangan semburit beliau?

Subscribe to receive free email updates: