Update Apabila Nikmat Kerajaan BN Beri Peneroka Felda Nafikan, Hadap Sajalah >> Berita Malay 18


Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak pada 23/07/2017 telah mengumumkan enam insentif baharu untuk peneroka FELDA sempena sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.

Kira-kira 25,000 peneroka Felda dari 11 wilayah seluruh negara hadir pada sambutan yang yang julung kali diadakan di Putrajaya.

Satu daripada enam initiatif berkenaan adalah pemberian geran khas tanam semula dengan kadar RM7,500 bagi setiap hektar yang diluluskan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kepada FELDA.

Bertahun tahun Peneroka Felda tidak pernah menerima bantuan tanam semula Sawit seperti Pekebun Kecil yang lain dan bila DS Najib Tun Razak umumkan pada 2017 ianya telah disambut dengan riang oleh seluruh Warga Felda.

Rupanya kegembiraan tersebut hanya sekejap sahaja bila Kerajaan PH menang PRU yang lepas ianya sudah tidak teruskan lagi. Malah baru baru ini bantuan tanam semula untuk Pekebun Kecil Sawit juga telah turut ditarik balik oleh Kerajaan PH.

Perlu diingat Peneroka Felda majoritinya adalah berbangsa Melayu. Malah Pekebun Kecil yang baru-baru ini turut ditarik bantuan tanam semula mereka juga majoritinya adalah Orang Melayu. Kita sama sama nilaikan apa sebenarnya motif pembatalan ini.

Subscribe to receive free email updates: