Sebanyak sembilan buah rumah rosak selepas ribut membadai daerah ini, petang semalam.
Sembilan rumah di Taman Kerayong Makmur, Taman Kerayong Indah dan Taman Seri Bera mengalami kerosakan kecil dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah, Kapten (PA) Ahmad Azmi Nafiah berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan di samping tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka akibat bencana itu
“Pemeriksaan lanjut sudah dijalankan di semua rumah yang terbabit dan kita juga sudah menasihatkan pemiliknya membuat laporan polis bagi memudahkan urusan lain selepas ini.
“Selain pegawai dan anggota APM, pemantauan keselamatan lain turut membabitkan Telekom Malaysia (TM), kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),” katanya.
Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bera masih dalam proses mengenal pasti jumlah anggaran kerosakan yang terlibat.
"Anggaran kerosakan yang berlaku kita masih lagi menyiasat untuk mengenal pasti apakah bentuk bantuan yang boleh kita berikan pada mereka," katanya.
Related Posts :
Update [Video Kelakar sungguh A Kadir Jasin memilih angka 40] >> Berita Malay 18Rabu, 31 Oktober 2018
… Read More...
Update Presiden PAS ketuai rombongan serah memorandum bantah ICERD >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai rombongan 10 peserta himpunan bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pe… Read More...
Update [Video Wahhh, Seronoknya Speaker Nga Kor Ming ramai MP puji beliau] Najib malukan negara dengan isu RASUAH kapal selam SCORPENE! Kementerian Pertahanan DEDAH laporan salah guna kuasa pembelian aset tentera & Bersiap sedialah Najib, Hishammuddin, Zahid Hamidi, Razak Baginda dan kuncu2nya... >> Berita Malay 18Rabu, 31 Oktober 2018
NAJIB MALUKAN NEGARA DENGAN ISU RASUAH KAPAL SELAM SCORPENE
KUALA LUMPUR: Isu skandal pembelian kapal selam Scorpene… Read More...
Update Pasangan Lesbian LAHIRKAN anak, Apa pandangan ajaran Mujahit agak nya? >> Berita Malay 18
DUA wanita pasangan sejenis dipercayai telah melakukan sejarah perubatan selepas kedua-dua mereka merasai pengalaman mengandungkan b… Read More...
Update Berkerjasama dengan Pas, MIC mampu menang majoriti kerusi? >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR - Meskipun MCA dilihat menentang gabungan Umno - Pas, MIC pula kelihatan lebih mesra dengan parti dipimpin Datuk Seri Abdul H… Read More...