Update DALAM PRU15 NANTI KITA TIDAK BOLEH SILAP - MB PAHANG >> Berita Malay 18







UMNO perlu mengatur langkah dan strategi yang tepat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dan sekaligus merampas semula pentadbiran Negara.
.
"Dalam PRU 15 nanti, kita tidak boleh buat silap mengatur strategi dan kita tidak ada pilihan lain melainkan kita kena rampas semula Putrajaya," jelas YAB Dato Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dalam ucapannya hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang itu hari ini hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh yang turut dihadiri oleh YB Tan Sri Annuar bin Musa selaku Ketua UMNO Bahagian Ketereh.

Tambah Dato Sri Wan Rosdy, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke 14 yang lalu adalah disebabkan fitnah dan janji palsu yang dibuat oleh Pakatan Harapan.
.
"Punca kekalahan kita selain daripada fitnah dan janji PH adalah disebabkan kita berpecah belah," katanya.

Selain itu, beliau juga cukup yakin bahawa UMNO hari ini sedia berubah dan akan memastikan keadaan Negara bertambah cemerlang jika kembali diberi mandat pada PRU ke 15 yang akan datang.
.
"Kita yakin, jika diberikan mandat kepada BN untuk kembali memerintah pada PRU ke 15, Negara Malaysia akan lebih cemerlang daripada Kerajaan sekarang," jelas beliau.

Turut hadir dalam majlis perasmian hari ini ialah Datuk Jazilan selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Tan Sri Fatmi, Dato Sri Ab Hamid Nazahar, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang serta wakil daripada PAS dan NGO.

Subscribe to receive free email updates: